Meningkatkan peratus percambahan biji benih padi varieti TQR-2 menggunakan kadar kepekatan Asid Nitrik (HN0₃) yang berbeza

Bushra Limuna Mohd Zawawi, (2010) Meningkatkan peratus percambahan biji benih padi varieti TQR-2 menggunakan kadar kepekatan Asid Nitrik (HN0₃) yang berbeza. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000687.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan peratus percambahan biji benih padi varieti TQR-2 dengan memecahkan dormansi biji benih menggunakan asid nitrik (HN0₃) yang berbeza kepekatan, seterusnya menentukan kepekatan asid nitrik yang optimum bagi pemecahan dormansi. Biji benih yang diperolehi dari Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran, Jabatan Pertanian Sabah disemai dan ditanam di dalam pasu bagi mendapatkan sumber benih yang boleh dituai pada peringkat kematangan fisiologi. Sebanyak enam rawatan digunakan iaitu Tl (Air suling), 1'2 (0.05 N HN0₃), 13 (0.10 N HN0₃), T4 (0.15 N HN0₃), T5 (0.20 N HN0₃) dan T6 (0.25 N HN0₃) dimana setiap rawatan terdiri daripada empat replikasi dan kajian dilaksanakan menggunakan Reka bentuk Rawak Lengkap. Pemerhatian dan pengambilan data dilakukan pada hari ke 3, 5, 7, 14 dan hart ke-21 selepas semaian. Dalam kajian ini, parameter yang diambil ialah peratus percambahan, bilangan plumul dan radikel, bilangan anak benih normal dan tidak normal, bilangan daun, tinggi anak benih, panjang akar primer dan bilangan akar sekunder. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan ANAVA satu nala. Pada hari ke-21 selepas semaian, hasil kajian menunjukkan bahawa min peratus percambahan biji benih yang menerima rawatan 0.20 N HN03 adalah paling tinggi iaitu 91.5 % dan diikuti oleh 0.25 N HN0₃ (89.25 %); 0.15 N HN0₃ (76.5 %); 0.10 N HN0₃ (75 %); 0.05 N HN0₃ (62 %) dan air suling (58.25 %). Rawatan 0.20 N HN0₃ juga memberikan min bilangan benih normal paling tinggi iaitu 98.25 % manakala 0.05 N HN0₃ pula mencatatkan nilai tertinggi bagi min bilangan benih tidak normal iaitu 4.75 %. Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa asid nitrik berkepekatan 0.20 N merupakan kadar optimum yang boleh digunakan untuk pemecahan dormansi sekaligus meningkatkan peratus percambahan biji benih padi varieti TQR-2.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Nitric Acid, Germination percentage, Paddy seed, Variety TQR-2
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 31 Jul 2012 00:07
Last Modified: 23 Oct 2017 07:10
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4574

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository