Kajian awal kesan ekstrak Lantana Camara L. ke atas Plutella Xylostella dalam persekitaran terkawal

A. Zuriyana Mohd Saman, (2010) Kajian awal kesan ekstrak Lantana Camara L. ke atas Plutella Xylostella dalam persekitaran terkawal. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000691.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan tanaman Lantana camara terhadap kadar mortaliti Plutella xylostella. Buah L. camara telah digunakan sebagai bahan ujikaji. Dua jenis pelarut iaitu air dan etanol digunakan masing-masing dengan kepekatan 10%, 20%, dan 30%. Etanol 80% dan air sullng digunakan sebagai kawalan. Kajian ini menggunakan rekabentuk rawak lengkap. Kajian telah dijalankan di Kundasang (19°C - 23°C). Sebanyak lima ekor larva P. xylostella diletakkan di atas daun sawi yang telah dirawat dengan lapan jenis rawatan. Setiap rawatan diulangi sebanyak tiga replikasi. Kajian dijalankan selama 96 jam dan data dikumpul setiap lapan jam bagi melihat keberkesanan ekstrak terhadap kadar mortaliti P. xylostella. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS. Daripada hasil kajian yang diperolehi, ekstrak etanol adalah lebih baik berbanding ekstrak air yang mana ekstrak etanol telah mencatatkan kadar mortaliti 100% selepas 96 jam masa pendedahan berbeza dengan ekstrak air yang mencatat kadar mortaliti 73.33%. Perbezaan bererti (AN OVA, p<0.05) dapat diperhatikan bagi kedua jenis ekstrak bermula 20 jam selepas kajian dijalankan sehingga akhir kajian. Kadar mortaliti bagi ekstrak etanol dipercayai disebabkan oleh etanol dan bukan mati disebabkan esktrak. Justeru, ekstrak air adalah lebih baik. Kajian seterusnya dijalankan bagi melihat kepekatan ekstrak. Kepekatan yang digunakan ialah 10%, 20% dan 30%. Hasil daripada kajian yang dijalankan, ekstrak air berkepekatan 30% adalah yang baik dengan kadar mortaliti sebanyak 73.33% berbanding 66.66% dan 60% masing-masing untuk ekstrak berkepekatan 20% dan 10%. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan bererti (ANOVA, p<0.05) yang dicerap terhadap kepekatan ekstrak terse but. Oleh itu kajlan dijalankan sekali lagi dengan mengoptimakan kepekatan kepada 2%, 4%, 6%, 8% dan 10%. Kajian dijalankan pada dua suhu berbeza iaitu pada suhu kawasan tanah tinggi,19 °c - 23°C (Kundasang) dan suhu kawasan tanah rendah, 27°C - 31 °c (Makmal SPL 3). Untuk kajian yang dioptimakan kepekatannya, ekstrak L. camara (air) 10% adalah yang terbaik apabila dioptimakan pada suhu tanah rendah dengan peratusan min kadar mortaliti P. xylostella ialah 86.66%. Diperhatikan, kadar mortaliti P. xylostella telah meningkat dengan peningkatan kepekatan ekstrak dan suhu. Keputusan yang diperolehi telah menunjukkan L. camara mempunyai patensi sebagai racun botanikal dalam pengawalan P. xylostella.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Bunga Tahi Ayam, Lantana Camara, Plutella xylostella
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 31 Jul 2012 00:12
Last Modified: 23 Oct 2017 07:13
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4618

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository