Kesan media asas terhdap penghasilan asid asiatik ke atas kulturakar transgenik Centella asiatica

Wong, Jeanne Lin San (2007) Kesan media asas terhdap penghasilan asid asiatik ke atas kulturakar transgenik Centella asiatica. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000702.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Asid asiatik merupakan sejenis kompaun triterpenoid yang terdapat dalam tumbuhan Centella asiatica yang digunakan secara tradisional dalam rawatan penyakh kulit. Peningkatan penghasilan asid asiatik secara in vitro boleh dilakukan dengan memanjpulasikan keadaan pengkulturan ke atas kultur akar transgenik C. asiatica. Kultur akar transgenik daripada stok disubkulturkan ke dalam kelalang Erlenmeyer 250 mt. yang mengandungi 50 ml medium cecair MS (Murashige & Skoog), Yz MS, B5 (Gamborg B5) dan White dengan 3% (w/v) sukrosa tanpa hormon. Kultur akar transgenik C. asiatica dikultur dalam inkubator penggoncang pada 100 rpm dengan suhu 25 ± 2 °C di bawah keadaan gelap selama 36 hari. Selepas 36 hari, kultur akar transgenik dituai dan dikeringkan pada suhu 40°C sehingga memperoleh jisim kering yang tetap dan pengekstrakan triterpenoid dilakukan dengan menggunakan metanol:air dalam nisbah 9:1 di atas penggoncang berputar 100 rpm. Ekstrak kasar dilarutkan dalam 1 ml metanol dan dianalisis dengan Krornatografi Cecair Berprestasi Tinggi (HPLC). Pemisahan kromatogratik dilakukan melalui fasa berbalik-HPLC (RP-HPLC) dengan menggunakan kolum ZORBAX ECLIPSE SDB C�₈ dengan air-acetonitril sebagai fasa bergerak. Kromatogram asid asiatik dimonitor pada 230 nm dengan kadar aliran 0.5 ml min-I dengan alat pengesan DAD pada 25°C. Keputusan menunjukkan bahawa medium kultur MS adalah paling baik untuk mengaruh perturnbuhan akar transgenik dan penghasilan asid asiatik. Medium MS memberikan indeks pertumbuhan akar transgenik yang paling tinggi (26.5910) dengan kandungan asid asiatik yang terbanyak (1.45% jisim kering akar). Sebaliknya, medium White memberikan indeks pertumbuhan yang paling rendah (9.5102) dengan kandungan asid asiatik yang sedikit (0.28% jisim kering akar).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Asiatic acid, Hairy root culture, Centella asiatica
Subjects: ?? QK710-899 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Aug 2012 00:02
Last Modified: 23 Oct 2017 07:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4658

Actions (login required)

View Item View Item