Diversiti molekul genotip padi tanah kering dari Semenanjung Malaysia yang mempunyai reaksi berbeza ke atas penyakit karah

Nurulashikin Abd Hadi, (2006) Diversiti molekul genotip padi tanah kering dari Semenanjung Malaysia yang mempunyai reaksi berbeza ke atas penyakit karah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000707.pdf

Download (4MB) | Preview

Abstract

Kepelbagaian dan jarak genetik di antara 11 sampel padi tanah kering dari Semenanjung Malaysia yang mempunyai interaksi berbeza terhadap penyakit karah telah dianalisis menggunakan 10 penanda mikrosatelit yang berangkai dengan gen rintang penyakit karah dan bersifat polimorfik dengan sejumlah 64 alel telah ditemui pada 10 lokus yang dikaji. Jumlah alel per lokus yang diperolehi berjulat di antara 5 hingga 8 alel dengan purata bilangan aiel yang diperolehi dan aiel jangkaan, masing-masing bemilai 6.4 dan 5.39. Frekuensi alel tertinggi diperolehi pada lokus RM39 dengan bacaan 0.3750 dan yang terendah pada lokus RM166 dan RM144 dengan bacaan 0.0909. 'Polymorphic information content' yang diperolehi berjulat antara 75% hingga 86%. Jarak genetik bagi 11 sampel padi kajian ini berjulat antara 0.0000 dengan 2.0999. Dendogram yang dibina berdasarkan nilai jarak genetik ini dapat dikategorikan kepada dua kelompok utama. Kelopok B menunjukkan hubungan yang rapat terhadap padi yang mempunyai tahap kerintangan yang tinggi yang ditunjukkan pada Mayang Ebos 136, Milek Kuning 3, dan Biji Terong. Kajian ini menunjukkan bahawa penanda mikrosatelit mampu mengesan kepelbagaian genetik bagi sampel padi kajian dan didapati gen rintang telah dijangkakan hadir pada sampel padi yang rintang berikutan kehadiran aIel pada lokus yang berangkai dengan penyakit karah ini. Oleh itu, penggunaan mikrosatelit dapat digunakan dengan meluas dalam program pembiakbakaan bagi menghasilkan padi tanah kering yang superior terhadap penyakit karah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Diversity, Genetic distance, Peninsular Malaysia, Varying reaction, Blast disease, Polymorphic
Subjects: ?? SB183-317 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Aug 2012 07:56
Last Modified: 23 Oct 2017 07:43
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4678

Actions (login required)

View Item View Item