Kesan penggunaan baja tahi ayam ke atas penghasilan kacang bendi

Nurliyana Mohd Norani, (2007) Kesan penggunaan baja tahi ayam ke atas penghasilan kacang bendi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000710.pdf

Download (2MB) | Preview
[img]
Preview
Text
ae0000000711.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dilakukan di 'net house' Makmal Ladang, Universiti Malaysia Sabah untuk meneliti keberkesanan penggunaan baja tahi ayam terhadap penghasilan dan perkembangan vegetatif bagi dua varieti bendi (Hibiscus esculantus). Varieti yang digunakan adalah varieti MKBE 1 dan varieti DOA Serdang. Kadar baja yang ditentukan adalah kawalan (tiada baja dibekalkan), 3 tan/ha baja, dan 6 tan/ha baja. Setiap rawatan direplikasikan sebanyak tiga kali dengan dua pokok pada setiap plot. Parameter yang dikaji adalah purata berat segar buah (g/buah), saiz panjang buah (cm/buah), ukur lilit buah (cm/buah), purata berat kering bahagian vegetatif iaitu akar, daun dan batang (g/pokok). Hasil kajian menunjukkan penggunaan baja tahi ayam dengan kadar baja 6 tan/ha baja adalah lebih efektif ke atas varieti DOA Serdang. Kajian menyimpulkan bahawa penggunaan baja tahi ayam dengan kuantiti yang betul dapat menunjukkan hasil yang memberansangkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Net house, Chicken manure, Fruit production, Hibiscus esculantus,
Subjects: ?? S631-667 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Aug 2012 06:32
Last Modified: 23 Oct 2017 07:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4681

Actions (login required)

View Item View Item