Geologi am dan analisis kestabilan cerun kawasan Teluk Likas-Teluk Salut, Sabah

So, Seng Hui (2007) Geologi am dan analisis kestabilan cerun kawasan Teluk Likas-Teluk Salut, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000384.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletale di pantai barat Sabah dari Teluk Likas ke Teluk Salut yang meliputi keluasan kira-kira 130km² dan dibatasi oleh longitud dari T 116° 06' hingga T 116° 11' dan latitud dari U 06° 01' hingga U 06° 08'. Geologi am kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker yang berusia Eosen Akhir hingga Miosen Awal dan endapan Kuaterner yang berusia Resen. Formasi Crocker terbahagi kepada empat unit litologi iaitu unit yang utama iaitu unit batu pasir masif, unit selang-lapis batu pasir dan syal, unit syal merah, dan unit syal kelabu. Batu pasir kawasan kajian adalah terdiri daripada litik wale, litik arenit, dan sublitik. Analisis geologi struktur menunjukkan arah canggaan barat laut - tenggara. Pemetaan kegagalan cerun menunjukkan cerun-cerun di bahagian selatan kawasan kajian dalam keadaan yang stabil, manaleala cerun-cerun di bahagian utara pula menunjukkan ketidakstabilan. Lima cerun batuan dan lima cerun tanah yang kritikal dipilih untuk kajian yang terperinci. Cerun-cerun batuan yang dikaji menunjukkan sifat kekuatan batuan yang sederhana kuat hingga kuat daripada ujian beban titik dan ujian pemantulan tukul Schmidt. Faktor utama yang mengakibatkan ketidakstabilan cerun-cerun batuan adalah kehadiran set-set ketakselanjaran yang kompleks akibat daripada canggaan. Jenis kegagalan yang paling berpotensi di kawasan kajian adalah jenis kegagalan baji dan diikuti oleh jenis kegagalan satah dan terbalikan. Selain itu, faktor yang menyebabkan ketidakstabilan cerun-cerun batuan adalah seperti geometri cerun yang tinggi dan curam dan kebolehtelapan batuan yang lebih rendah berbanding batu pasir yang lain. Cerun-cerun tanah menunjukkan nilai faktor keselamatan yang diandaikan stabil tetapi berpotensi untuk gagal iaitu dari 2.29 hingga 4.81. Faktor-faktor lain yang menyebabkan ketidakstabilan cerun-cerun tanah adalah kebolehtelapan yang sangat rendah iaitu dari 4.08 x 10�� cmls hingga 2.34 x 10�� cm/s, kehadiran bahan lempung dalam tanah, geometri cerun yang tinggi dan curam, dan penutupan muka cerun yang buruk.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Crocker formation, Quaternary deposits, Structural geology analysis, Likas Lagoon, Salut Lagoon, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 14 Dec 2011 06:29
Last Modified: 12 Oct 2017 03:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/476

Actions (login required)

View Item View Item