Kesan suhu simpanan dan jangkamasa penyimpanan terhadap kualiti benih padi (Oryza sativa) varieti MR159

Sulaiman @ Suliman Hj. Bulindan, (2006) Kesan suhu simpanan dan jangkamasa penyimpanan terhadap kualiti benih padi (Oryza sativa) varieti MR159. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000718.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan suhu simpanan danjangkamasa penyimpanan terhadap kualiti benih padi (Oryza sativa) varieti MR159. Sampel benih padi yang baru dituai di simpan dalam setor selama lima bulan pada tiga suhu berbeza iaitu bilik sejuk (l0°C±2), dalam setor (26°C±5) dan luar setor (30°C±5). Rekabentuk Rawak Lengkap (CRD) dengan rawatan faktor yang diatur (tiga suhu penyimpanan dan lima bulan jangkamasa penyimpanan) dengan lima replikasi dan 50 biji benih setiap replikasi. Cerapan sample dibuat pada hari ke 14 setiap bulan mehbatkan lima parameter iaitu kandungan kelembapan, percambahan (normal), percambahan (berpenyakit), percambahan (tak normal) dan benih (tak cambah). Keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapat kesan signifikan interaksi diantara kesan suhu simpanan dan jangkamasa penyimpanan terhadap semua parameter. Hasil kajian ini menunjukkan suhu 10°C±2 adalah lebih baik daripada suhu 26°C±5 dan suhu 30°C±5. Penyimpanan benih padi pada suhu 10°C±2 menunjukkan kadar bacaan yang tinggi terhadap percambaban benih normal dan bacaan yang rendah terhadap kandungan kelembapan, percambahan benih berpenyakit dan benih (tak cambah) iaitu masing-masing 79.13, 13.46 dan 5.13. Bagaimanapun suhu 10°C±2 menunjukkan peningkatan bacaan pada percambahan benih tak normal iaitu 9.07 berbanding hanya 7.63 dan 6.00 pada suhu 26°C±5 dan 30°C±5. Kajian ini dicadangkan untuk penyelidikan dimasa akan datang bagi menentukan kesimpulan hubungan diantara suhu penyimpanan dengan faktor-faktor penyimpanan yang lain seperti kandungan lembapan bandingan udara dan keadaan persekitaran.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Paddy, Temperature, Oryza sativa, Varieti MR159,
Subjects: ?? SB183-317 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 12 Sep 2012 07:38
Last Modified: 23 Oct 2017 07:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4764

Actions (login required)

View Item View Item