Kesan baja NPK hijau terhadap hasil tiga varieti cili (Capsicum annum)

Muhammad Syahril Ghazali, (2007) Kesan baja NPK hijau terhadap hasil tiga varieti cili (Capsicum annum). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000721.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di Makmal Ladang Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Kajian ini dibuat untuk mengetahui kesan baja NPK hijau terhadap hasil tiga varieti cili (Capsicum annum). Varieti-varieti cili yang digunakan ialah MC4, MC11 dan MC12. Kajian ini menggunakan rekabentuk rawak lengkap (CRD), setiap rawatan direplikasi sebanyak lima kali. Setiap varieti ditanam tanpa diberikan baja NPK hijau untuk kawalan kepada varieti yang sama yang diberikan baja NPK hijau pada kadar 250 kg/ha. Parameter-parameter yang dikaji ialah bilangan buah cili per pokok, berat basah buah cili, panjang buah cili dan ukur lilit buah cili. Keputusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan baja NPK hijau telah meningkatkan pengeluaran hasil cili bagi semua varieti yang dikaji. Berbanding dengan varieti cili yang tidak diberikan baja NPK hijau, varieti yang dibaja dengan NPK hijau mempunyai nilai purata setiap parameter yang tinggi. Diantara ketiga-tiga varieti yang digunakan iaitu MC4, MC11 dan MC12, varieti MC12 mengeluarkan hasil buah segar yang paling tinggi iaitu 286.7 g/plot bersamaan dengan 1575 kg/ha manakala varieti MC4 mengeluarkan hasil buah segar yang paling rendah iaitu 108.4 g/plot bersamaan dengan 595 kg/ha.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: NPK green fertilizer, Fruit production, Capsicum annum, Complete Random Design (CRD)
Subjects: ?? S631-667 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 21 Sep 2012 09:02
Last Modified: 23 Oct 2017 08:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4767

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository