Transformasi embrio kelapa sawit menggunakan Agrobacterium tumefaciens

Nor Sarashimatun Sapian, (2005) Transformasi embrio kelapa sawit menggunakan Agrobacterium tumefaciens. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000732.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini melibatkan transformasi embrio kelapa sawit menggunakan Agrobacterium tumefaciens strain ERA pBI 121. Strain EHA 105 ini membawa plasmid yang mengkodkan gen NPTII dan gusA. Embrio kelapa sawit (Elaeis tenera) dikulturkan dalam media MS (Murashige & Skooge). Terdapat lima tempoh pra-kultur herlainan yang diuji iaitu pada minggu sifar, minggu pertama, minggu ke-2, minggu ke-3 dan minggu ke-4. Dalam setiap tempoh pra-kultur yang diuji ini, terdapat pula tiga jenis rawatan iaitu (i) eksplan dilukakan dan diinokulasi dengan Agrobacterium bersama 200 μM aeetosyringone, (ii) eksplan dilukakan dan diinokulasi dengan Agrobactetium tanpa acetosyringone dan (iii)kawalan di mana eksplan dilukakan, dan direndamkan dengan air suling autoklaf sahaja. Selepas diinokulasi, eksplan akan dikulturkan dalam media ko-kultivasi selama 5 hari kemudian disubkulturkan pula dalam media pemilihan. Selepas 5 bari di atas medium pemiliban, sebabagian eksplan diuji dengan ujian bistokimia GUS. Daripada kajian ini, didapati bahawa tempoh prakultur terbaik untuk transformasi embrio kelapa sawit menggunakan Agrobacterium tumefaciens strain ERA 105 adalah pada minggu ke-3, dan kesan kebadiran acetosyringone terhadap pengespresan warna him X-glue dalam ujian bistokimia GUS adalah rendah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Agrobacterium tumefaciens, Embryos oil palm, Elaeis tenera
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 27 Sep 2012 00:53
Last Modified: 23 Oct 2017 08:14
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4778

Actions (login required)

View Item View Item