Kesan hormon auksin dan sitokinin serta air kelapa terhadap proliferasi protokom orkid Phalaenopsis gigantea

Dayangku Nor Azreen Zaini, (2005) Kesan hormon auksin dan sitokinin serta air kelapa terhadap proliferasi protokom orkid Phalaenopsis gigantea. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000733.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian terhadap proliferasi protokom Phalaenopsis gigantea telah dijalankan selama 112 hari. Protokom Phalaenopsis gigantea berumur 125 hari telah digunakan sebagai sumber eksplan. Medium Y2 MS digunakan sebagai medium asas dengan tambahan 150 ml/L air kelapa, 0.01 mg/L Benzilaminopurin, 1.0 mg/L Thidiazuron dan juga 0.01 mg/L 2,4- asid diklorofenoksiasetik sebagai rawatan. Medium Y2 MS tanpa sebarang komponen tambahan telah digunakan sebagai kawalan. Rekabentuk eksperimen yang digunakan adalah secara rawak lengkap dengan 10 replikasi. Data dicerap setiap 2 minggu dan dianalisis dengan menggunakan analisis varians (AN OVA) serta ujian Duncan. Parameter-parameter yang dicerap adalah peratus protokom proliferasi dan bilangan jasad seperti protokom yang terhasil oleh setiap eksplan. Keputusan menunjukkan bahawa media dengan tambahan 0.01 mg/L BAP telah meningkat secara signifikan (p<0.05) bagi penghasilan peratus protokom berproliferasi (26.19%) berbanding dengan rawatan media yang lain. Manakala bagi julat bilangan JSP yang terhasil oleh satu eksplan paling tinggi adalah di antara 3-60 yang juga daripada media yang sama. Manakala, rawatan media kawalan pula menunjukkan nilai yang terendah sekali bagi purata peratus protokom berproliferasi yang bernilai 7.16% dan nilai bilangan JSP yang terhasil oleh setiap eksplan yang juga paling rendah sekali dengan julatnya antara 4 hingga 10 sahaja. Keputusan ini menunjukkan bahawa proliferasi protokom P.gigantea telah berjaya dilakukan dengan menggunakan media dengan tambahan 0.01 mg/L BAP.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Orchid, Protocorm proliferation, Phalaenopsis gigantea
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 27 Sep 2012 03:15
Last Modified: 10 Oct 2017 08:42
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4779

Actions (login required)

View Item View Item