Kesan kepekatan minyak pati serai (Cymbopogon citratus) sebagai bahan campur dalam pelilinan terhadap kualiti penyimpanan halia (Zingiber officinale roscoe)

Marhanis Ahmad Tajuddin, (2007) Kesan kepekatan minyak pati serai (Cymbopogon citratus) sebagai bahan campur dalam pelilinan terhadap kualiti penyimpanan halia (Zingiber officinale roscoe). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000734.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesan kepekatan minyak pati serai sebagai bahan campuran dalam pelilinan terhadap kualiti halia semasa dalam penyimpanan. Perubahan fiziokimia halia diukur selepas dirawat dengan minyak pati serai pada kepekatan 0 ppm, 500 ppm, 750 ppm dan 1000 ppm dan disimpan pada 0, 2, 4 dan 6 minggu jangka masa penyimpanan. Hasil daripada keputusan menunjukkan halia yang dirawat dengan minyak pati serai mempunyai kesan yang signifikan dalam mengawal peratus kehilangan berat, kepekatan pepejal tertitrat dan nilai pH. Kepekatan 500 ppm didapati paling baik dalam mengawal peratus kehilangan berat. Kepekatan pepejal tertitrat bagi rawatan minyak pati serai didapati lebih rendah berbanding kawalan dan nilai pH dapat dikekalkan. Sebaliknya halia yang dirawat dengan minyak pati serai tidak menunjukkan kesan yang signifikan terhadap pemerhatian skor visual, keteguhan isi dan kandungan pepejal terlarut. Manakala jangka masa minggu tanpa mengambil kira rawatan pelilinan minyak pati serai memberikan kesan kepada halia. Kajian ini mendapati halia dengan rawatan pelilinan adalah lebih baik dalam mengawal kualiti halia berbanding kawalan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Ginger, Lemongrass essential oils, Physiochemical changes ginger, Quality ginger, Cymbopogon citratus, Zingiber officinale roscoe
Subjects: ?? QK495 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 06 Sep 2012 08:13
Last Modified: 10 Oct 2017 08:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4786

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository