Kimia air bagi ion-ion utama dan indeks ketepuan air Sungai Kiulu, Tamparuli, Sabah

Siti Haslinda Ahmad Rusmili, (2007) Kimia air bagi ion-ion utama dan indeks ketepuan air Sungai Kiulu, Tamparuli, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000735.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kepekatan kation dan anion utama iaitu Ca� Mg²�, Na�, K�, cr, HC03 - dan SO²¯ serta tahap ketepuan mineral terpilih iaitu halite, calcite, aragonite, anhydrite, gypsum dan dolomite dengan menggunakan Indeks Ketepuan. Sampel diambil di kawasan hulu, pertengahan dan hilir Sungai Kiulu. Kepekatan kation ditentukan dengan menggunakan spektrofotometer serapan atom, kepekatan klorida dan bikarbonat menggunakan kaedah pentitratan dan kepekatan sulfat ditentukan dengan menggunakan HACH Kit. Kepekatan kation dan anion yang dipero]ehi digunakan untuk mengetahui tahap ketepuan mineral di hulu, pertengahan dan hilir Sungai Kiulu supaya perbandingan dapat dilakukan. Hasil kajian ini menunjukkan corak kepekatan anion dan kation serta tahap ketepuan mineral di tiga stesen persampelan adalah sama. Corak kepekatan kation dan anion adalah Ca� > Na� > Mg²� > K� dengan kepekatan purata 4.78 ± 0.21 > 2.68 ± 0.45 > l.28 ±..0.05 > 0.62 ± 0.07 mg/L bagi kation dan HC0₃¯ > SO₄²¯ > Cl¯ dengan kepekatan purata 118.81 ± 7.06 > 5.07 ± 2.89 > 1.83 ± 1.22 mg/L bagi anion. Corak bagi tahap ketepuan mineral adalah halite < anhydrite < gypsum bagi tahap yang tidak tepu dan aragonite < calcite < dolomite tergolong dalam tahap yang terlampau tepu.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Water chemistry, Minerals, Ions concentrations, Kiulu River water, Tamparuli, Sabah
Subjects: ?? GB980-2998 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 05 Sep 2012 01:35
Last Modified: 10 Oct 2017 08:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4787

Actions (login required)

View Item View Item