Kualiti air minuman di kolej kediaman dalam kampus Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu

Fiona Ann Augustine, (2007) Kualiti air minuman di kolej kediaman dalam kampus Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000738.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai kualiti air minuman di kolej kediaman kampus VMS, Kota Kinabalu dijalankan untuk mengetahui sama ada kualiti air pili di UMS-KK mematuhi tahap piawaian kualiti air yang telah ditetapkan oleh Akta Makanan 1983, EPA, JAS dan WHO. Parameter terpilih bagi mengetahui tahap kualiti air pili adalah nilai pH, jumlah zarahan terampai, tahap kandungan ion klorida dan kepekatan Cd, Cu, Pb, Fe dan Zn di dalarn air pili yang dikaji dengan menggunakan pH meter, kaedah gravimetrik, prob ISE Klorida (Vernier LabPro) dan FAAS. Keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut: Pensampelan pertama: nilai pH (6.34 - 8.03), TSS (2.0-10.0 mgl¯¹), cr (2.2-5.2 mgl¯¹), Cd (0.004 mgl¯¹ Cu (0.000-0.017 mgl¯¹), Pb (0.152-0.196 mgl¯¹), Fe (0.629 mgl¯¹), dan Zn (0.005-0.382 mgl¯¹). Pensampelan kedua: nilai pH (6.44 - 7.30), TSS (0.0-12.0 mgl¯¹), cr (2.1-5.0 mgl¯¹), Cd (0.000-0.001 mgl¯¹ Cu (0.000-0.018 mgl¯¹), Pb (0.057-0.150 mgl¯¹), Fe(0.000-0.048 mgl¯¹), dan Zn (0.001-0.147 mgl¯¹). Kesemua parameter mematuhi tahap piawaian air minuman Akta Makanan 1983, EPA, JAS dan WHO kecuali Pb dan Fe. Cd mematuhi tahap piawaian EPA tetapi melebihi tahap piawaian WHO. Oleh kerana tahap bacaan Pb adalah melebihi tahap piawaian Akta Makanan 1983, EPA dan WHO, maka ia menunjukkan air pili UMS-KK adalah kurang sesuai untuk diminum.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Water, Drinking water quality, Residential Colleges, UMS, Kota Kinabalu, Sabah
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 06 Sep 2012 07:56
Last Modified: 10 Oct 2017 09:05
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4790

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository