Kajian kromosom terhadap pesakit sindrom down menggunakan teknik karyotyping dan pewarnaan jalur-C

Noor Masitah Ismail, (2007) Kajian kromosom terhadap pesakit sindrom down menggunakan teknik karyotyping dan pewarnaan jalur-C. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000746.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian sitogenik ke atas Sindrom Down telah dilakukan bagi memperolahi serakan kromosom dan profil kromosom daripada individu normal perempuan dan pesakit Sindrom Down lelaki menggunakan teknik penjaluran C. Serakan kromosom yang diperolehi daripada sampel darah individu normal perempuan dan pesakit Sindrom Down lelaki diuji dan profil kromosom dibentuk dengan merujuk kepada piawaian antarabangsa ISCN. Profil kromosom yang didapati daripada penderma individu normal perempuan adalah 46, XX manakala bagi pesakit Sindrom Down adalah 47, XY, +21. Kromosom manusia mempunyai tujuh kumpulan iaitu Kumpulan A mewakili kromosom 1, 2, 3; Kumpulan B bagi kromosom 4, 5; Kumpulan C bagi kromosom 6, 7, 8, 9, to, 11, 12; Kumpulan D bagi kromosom 13, 14, 15; Kumpulan E bagi kromosom 16, 17, 18; Kumpulan F bagi kromosom 19,20; dan Kumpulan G bagi kromosom 21, 22 dan diakhir profil adalah kumpulan bagi kromosom seks iaitu X dan Y. Kromosom terbahagi kepada empat bentuk iaitu iaitu metasentrik ( kumpulan A, E, dan F), submetasentrik ( kumpulan B, C dan kromosom X), akrosentrik ( kumpulan D, G dan kromosom Y) dan telosentrik. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini didapati tidak terdapat kromosom yang berbentuk telosentrik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Down Syndrome, Cytogenic study, Chromosome, Chromosomes blood
Subjects: ?? RJ370-550 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 05 Sep 2012 01:41
Last Modified: 10 Oct 2017 09:27
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4798

Actions (login required)

View Item View Item