Geologi am dan sedimentologi kawasan pesisir pantai Bakam-Bekenu, Miri, Sawarak

Zulfadzilawati Senin, (2007) Geologi am dan sedimentologi kawasan pesisir pantai Bakam-Bekenu, Miri, Sawarak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000378.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian dibatasi oleh garis lintang 04°06'U hingga 04°14'U dan garis bujur 113°48'T hingga 113°56'T. Kawasan kajian adalah di kawasan Bakam-Bekenu yang berkeluasan 130 km². yang meliputi sepanjang jalan baru pesisir pantai Miri-Bintulu kawasan pedalaman Lambir. Analisis geologi struktur ke atas kawasan kajian telah menunjukkan bahawa kawasan kajian telah mengalami canggaan pada arah Barat Laut Tenggara. Formasi yang terdapat di kawasan terdiri daripada Formasi Lambir, Formasi Miri dan juga endapan Kuaternari. Batu pasir daripada Formasi Lambir boleh dibahagikan kepada kuarza arenit dan graiwak. Batu pasir dari Formasi Miri terdiri daripada kuarza arenit. Formasi Lambir dibahagikan kepada tiga fasies iaitu Fasies batu pasir tebal, Fasies syal tebal berlapis dengan batu pasir nipis dan Fasies batu kapur. Formasi Miri dibahagikan kepada empat fasies iaitu Fasies batu pasir tebal, Fasies syal tebal berlapis dengan batu pasir nipis, Fasies lapisan silang batu pasir dengan batu lumpur dan Fasies selang lapis batu pasir dengan batu lumpur. Analisis jujukan menegak mencadangkan kawasan kajian merupakan endapan jenis delta. Kehadiran fosil-fosil marin seperti gastropoda, bivalvia dan foraminifera menunjukkan kawasan kajian mempunyai hubungan sekitaran dengan iknofasies Scolithos yang menunjukkan kawasan laut cetek.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Geological structure, Formation structures, Lambir formation, Miri formation, Quaternary deposits, Bakam Beach-Bekenu, Miri, Sarawak
Subjects: Q Science > Q Science (General)
?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 16 Jan 2012 04:25
Last Modified: 12 Oct 2017 03:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/483

Actions (login required)

View Item View Item