Kajian kualiti air bekalan di UMS-KAL dengan parameter terpilih

Jeremy Anak Robert Nabed Lofez, (2007) Kajian kualiti air bekalan di UMS-KAL dengan parameter terpilih. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000383.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dibuat bertujuan bagi mengetahui tentang kualiti air di UMS-KAL. Sebanyak enam buah stesen pensampelan dipilih iaitu Stesen 1 (Kafeteria 1), Stesen 2 (Kafeteria 2), Stesen 3 (Bangunan Gunasama), Stesen 4 (Kolej Kediaman Pelajar Lelaki), Stesen 5 (Kolej Kediaman Pelajar Perempuan) dan Stesen 6 (Rumah Staf). Kerja pensampelan dilakukan hanya sekali iaitu pada 5 Januari 2006. Sebahagian parameter dijalankan seeara in-situ dan sebahagian lagi dijalankan secara ex-situ. Parameter-parameter yang dijalankan secara in-situ diuji dengan menggunakan Vernier Labpro with Ion-Selective Electrodes manakala parameter-parameter yang dijalankan secara ex-situ diuji mengikut kaedah-kaedah yang dicadangkan oleh APHA. Keputusan analisis parameter fizikal seperti suhu (27.71 - 28.11 °C), kekonduksian (71.839 - 164.043 µS cm�¹) dan TSS (30 - 90 mg�¹). Keputusan analisis bagi parameter kimia seperti pH (6.61 -7.18), DO (7.6 - 8.3 mg�¹ ), ORP (282.099 - 680.086 mV), klorida (2.11 - 3.93 mg�¹), kuprum (0.027 -0.034 mgl�¹) kadmium (tidak dapat dikesan), plumbum (0.137 - 0.173 mgl�¹), ferum (0.021 - 2.083 mgl�¹) dan zink (0.003 - 1.147 mgl�¹). Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan, kebanyakkan nilai parameter-parameter ini masih berada pada tahap yang baik dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Akta Makanan 1983. Walau bagaimanapun, terdapat juga parameter yang harus diberi perhatian seperti parameter logam ferum dan plumbum yang sedikit menjejaskan kualiti air tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Water quality, Water supply, Water quality in UMS-KAL
Subjects: ?? QE351-399.5 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 14 Dec 2011 00:03
Last Modified: 12 Oct 2017 03:06
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/487

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository