Geologi am dan kestabilan cerun Telipok-Tamparuli

Pan, Eldero Hwa Khiong (2007) Geologi am dan kestabilan cerun Telipok-Tamparuli. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000376.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sekitar kawasan Telipok hingga Tamparuli yang meliputi keluasan kira-kira 100 kilometer persegi dan dibatasi garis garis latitud 06°5'U – 06°10'U dan garis longitud 116°11'T - 116°16'T. Dua formasi utama di kawasan kajian ialah Formasi Crocker yang berusia Eosen Akhir hingga Miosen Awal dan endapan Aluvium Kuartener yang berusia Resen. Kajian kestabilan cerun melibatkan lima cerun tanah iaitu L� di belakang Telibong, Tamparuli, L₂ di Kg. Lakang, L₃ juga di Kg. Lakang, L₄ di Berungis dan L₅ di berdekatan Pekan Telipok manakala lima cerun batuan dalam kajian ialah R� di Telibong, Tamparuli, R₂ di Kg. Lakang, R₃ di Kg.Bakut, R₄ di Nirvava, Bukit Giling, Tuaran dan R₅ berhampiran Pekan Telipok. Ujian sifat fiziko-kimia menunjukkan kandungan kelembapan cerun tanah berjulat antara 13.15% hingga 28.84%, nilai pH berjulat antara 4.91 bingga 5.68, kandungan bahan organik antara 0.53% hingga 23.17%. Sampel L� mempunyai nilai tertinggi bagi kandungan kelembapan dan kandungan bahan organik. Sampel L� juga mempunyai nilai kebolehtelapan yang sederhana dengan 3.7082 x 10��m/s manakala L₄ mempunyai nilai kebolehtelapan terendah iaitu 4.556 x 10��m/s (lempung berlodak). Nilai kekuatan rieih menunjukkan sampel L₄ mempunyai nilai terendah dengan 5.53kN/m², sampel L₃ dengan 10.17kN/m² , sampel L� dengan 13.63kN/m², sampel L₅ dengan 21.35kN/m² dan yang tertinggi sampel L₂ dengan 30.15kN/m² Nilai faktor keselamatan (FK) menunjukkan empat daripada lima cerun memberi nilai purata kurang daripada satu melalui analisis kaedah hirisan dengan cerun L� mempunyai nilai FK 0.23. Cerun L₂ memberi nilai FK 0.261, cerun L₃ memberi nilai FK 0.116, cerun L₄ memberi nilai Cerun 0.039 manakala cerun L₅ memberi nilai FK 1.157. Maka cerun tanah L�, L₂, L₃ dan L₄ diramalkan tidak selamat. Nilai kekuatan melalui kaedah ujian titik beban menunjukkan cerun batuan dalarn kelas sederhana kuat kecuali cerun R� dalam kelas sangat kuat. Cerun R� dengan 107.25MPa, cerun R₂ dengan 38.04Mpa , cerun R₃ dengan 29.90Mpa, cerun R₄ dengan 33.85Mpa dan cerun R₅ dengan 21.85Mpa. Ujian Markland menunjukkan kelima-lima cerun mengalami kegagalan jenis baji secara amnya kecuali cerun R₄ mempunyai kegagalan jenis keterbalikan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Crocker formation, Quaternary Alluvium deposits, Telipok to Tamparuli, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 13 Dec 2011 09:00
Last Modified: 12 Oct 2017 03:08
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/489

Actions (login required)

View Item View Item