Geologi am dan sedimentologi kawasan

Low, Meng Hong (2007) Geologi am dan sedimentologi kawasan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000377.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Selatan Bau, Sarawak iaitu kawasan Krokong dengan keluasan 120 kilometer persegi yang terkenal dengan perlombongan emas dan stibnit. Kawasan kajian terletak dalam lingkungan 110°06'T sehingga 110°10'T dan 01°17'U sehingga 01°24'U. Kawasan kajian ini terdiri daripada 3 formasi yang utama iaitu Formasi Batu Kapur Bau usia Jurasik Atas-Kapur Awal yang terdiri daripada batu kapur bio-pelmikrit, Formasi Pedawan usia Jurasik Atas-Kapur Lewat yang terdiri daripada sedirnen argilitik dan Formasi Batu Pasir Penrissen usia Tersier yang terdiri daripada terutamanya sedimen arenitik. Kajian Fasies terhadap Formasi Pedawan dan Formasi Batu Kapur Bau di kawasan kajian menunjukkan persekitaran endapan karbonat laut cetek iaitu dari bahagian terumbu belakang dan zon bawah pasang surut iaitu pelantar marin atau laguna dan ke zon atas pasang surut yang terletak berhampiran dengan pesisir pantai. Struktur sedimen laminasi selari, endapan batu lumpur yang tebal, selang-lapis antara batu lumpur tebal dengan batu pasir halus menunjukkan keadaan yang agak tenang di belakang terumbu belakang rudistid. Batu kapur yang kaya dengan peloid dan mikrit menunjukkan sekitaran yang tenang dan stabil pada terumbu belakang yang membenarkan pengendapan sedimen yang kaya dengan lumpur atau mikrit. Analisis struktur menunjukkan arah percanggaan Barat laut-Tenggara yang membentuk Antiklin Bau.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Sedimentology, Bau Limestone formation, Pedawan formation, Tertiary aged Penrissen Sandstone formation, Crocker formation, Krokong area, Bau, Sarawak
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 13 Dec 2011 09:05
Last Modified: 12 Oct 2017 03:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/490

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository