Kultur tisu secara in Vitro ke atas tumbuhan ubatan Brucea javanica (L) merr

Kwong, Ping Shin (2004) Kultur tisu secara in Vitro ke atas tumbuhan ubatan Brucea javanica (L) merr. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000769.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian pengkulturan secara in vitro ke atas tumbuhan ubatan Brucea javanica telah dijalankan. Dua kepekatan klorox yang berbeza [20% dan 25% (v/v)] digunakan dalam pensterilan biji benih untuk menguji k~edah pensterilan yang terbaik. Pengkulturan biji benih telah dibuat dengan menggunakan 12 kombinasi kepekatan hormon BAP dan NAA yang berbeza untuk mengenalpasti kombinasi hormon yang paling sesuai untuk percambahan dan pertumbuhan biji benih. Pucuk, batang tanpa nodus, batang dengan nodus, kotiledon dan akar telah digunakan sebagai eksplan dalam pengkulturan yang menggunakan 10 kombinasi hormon (NAA:BAP) untuk mengenalpasti penggandaan pucuk terbaik. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua kepekatan klorox yang digunakan dalam pensterilan adalah sesuai kerana kedua-duanya memberikan keputusan yang sama iaitu tiada kontarninasi. Bagi pengkulturan biji benih, rawatan hormon pertumbuhan 0:2 μM (NAA:BAP) memberikan hasil pertumbuhan kultur terbaik selepas 20 hari pengkulturan, yang mana pertumbuhan kultur (pemanjangan akar dan batang serta kemunculan pucuk) adalah cepat dan keadaan anak pokok pada akhir pemerhatian yang lebih baik berbanding kuLtur lain. Manakala kultur dengan rawatan honnon 0:6 μM (NAA:BAP) pada eksplan akar memberikan hasil penggandaan pucuk terbanyak sehingga minggu ke-16 iaitu dalam julat bilangan 16-25 pucuk.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Tissue, Tissue culture, Medical herb, Brucea javanica
Subjects: ?? QK710-899 ??
?? RS160-167 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 20 Sep 2012 07:22
Last Modified: 13 Oct 2017 01:22
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4904

Actions (login required)

View Item View Item