Penggunaan label pemakanan semasa membeli belah dan di rumah di daerah Kota Kinabalu

Chan, Seng Sien (2009) Penggunaan label pemakanan semasa membeli belah dan di rumah di daerah Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000773.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajiselidik penggunaan label pemakanan di kalangan penduduk sekitar Kota Kinabalu telah dilakukan di Pasar Raya Hypermarket. Seramai 399 orang responden telah dipilih di kalangan pengguna tempatan dan ditemuramah dengan menggunakan borang soal selidik yang piawai. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden yang terlibat dalam survei ialah golongan perempuan sebanyak 72.4% dan 78.4% daripada jumlah responden berada dalam lingkungan umur dari 18 hingga 29 tahun. Majoriti responden adalah orang Melayu, diikuti bangsa kadazan dusun dan lain. Kebanyakan pengguna yang terlibat dalam kajian terdiri daripada golongan yang bujang, golongan berkelulusan tertiari (54.9%)dan sekolah menengah dan ke atas (42.9).Kebanyakan responden terdiri daripada golongan yang berpendapatan kurang daripada RM 1,000 diikuti responden berpendapatan RM1,001 hingga 2,500. Kekerapan membaca label adalah tinggi di kalangan pengguna label. Media memainkan peranan sebagai sumber utama pemerolehan maklumat pemakanan bagi pengguna label semasa membeli-belah (42.5%) dan pengguna label di rumah (41.5%). Pengguna label selalu merujuk kepada maklumat nutrien protein dalam label pemakanan (27.4%) berbanding nutrien lain. Sementara itu, sebanyak 83.2% pengguna label berpendapat bahawa label adalah penting dan 71.2% yang bersetuju dengan kebaikan label menyumbangkan maklumat untuk pemakanan sihat. Majoriti responden dari golongan pengguna kumpulan umur 18 hingga 29 tahun dan pendidikan tertiari serta sekolah menengah ke atas menunjukkan perbezaan yang signifikan yang lebih tinggi berbanding kategori lain. Dalam ujian pengetahuan pemakanan mengikut umur dan tahap pendidikan, kebanyakan responden menerima skor '7' iaitu 20.2% daripada pengguna label semasa di rumah dan 19.5% daripada pengguna label semasa membeli-belah. Namun, tiada yang memperolehi skor penuh iaitu '13'.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Nutritional label, Local consumer, Kota Kinabalu, Sabah
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 26 Sep 2012 08:55
Last Modified: 13 Oct 2017 01:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4929

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository