Geologi am dan kajian potensi air bawah tanah dengan menggunakan kaedah duga dalam keberintangan menegak (VES) di Kg. Serusop Tuaran

Muhammad Umar Sarimal, (2003) Geologi am dan kajian potensi air bawah tanah dengan menggunakan kaedah duga dalam keberintangan menegak (VES) di Kg. Serusop Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000373.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian bertajuk Geologi Am dan Kajian Potensi Air Bawah Tanah dengan menggunakan kaedah duga dalam keberintangan menegak (VES) telah dijalankan di Kg.Serusop Tuaran Sabah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai tiga objektif. iaitu, mengkaji geologi am kawasan kajian, mengkaji sifat dan ketebalan lapisan di bawah permukaan tanah dan menentukan sistem air bawah tanah di kawasan kajian. Di samping peralatan geologi, peralatan geofizik (elektrik) juga digunakan di dalam kajian ini. Alat elektrik yang digunakan ialah model Earth Ground Tester-Saturn Geo X. Bagi mengkaji geologi am, cerapan-cerapan dilapangan dilakukan dan diproses mengikut kaedah geologi. Sementara itu, untuk survei geofizik pula penulis menggunakan kaedah duga dalam keberintangan menegak (VES) dengan susunatur elektrod Schlumberger. Kawasan kajian terdiri daripada batuan enapan Formasi Crocker dan enapan Aluvium. Pengukuran pengukuran geofizik dilakukan berbampiran dengan lubang-Iubang gerudi. Pengukuran berbampiran dengan lubang gerudi telah dapat menghasilkan kerintangan yang mewakili hatuan-batuan aluvium, tanah liat, batu pasir berserpih, batu pasir dan air bawah tanah. Daripada nilai keberintangan ketara (�a) yang diperolehi, penulis dapat menafsirkan sebanyak empat lapisan bawah tanah yang terdapat di kawasan kajian. Lapisan-lapisan ini terdiri daripada pasir halus hingga sederhana, tanah liat dan liat berlumpur. Daripada penyelidikan geofizik yang dijalankan didapati sistem air bawah tanah yang terdapat di kawasan kajian ini adalah jenis paras tinggi dan jenis paras rendah. Formasi Crocker ditindih sedikit oleh enapan Aluvium. Formasi Crocker terdiri daripada selang lapis batu pasir dengan batu syal jenis Flysch. Manakala enapan Aluviurn terdiri daripada kerikil, lumpur dan pasir. Jurus perlapisan Formasi Crocker di kawasan kajian adalah berjulat sekitar 233º hingga 267º. Analisis struktur yang telall dibuat secara ringkas menunjukkan bahawa daya yang bertindak di kawasan kajian adalah dari arah barat laut dan tenggara secara bersudut tepat dengan tren jurus perlipatan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Ground water system, Vertical electrical sound, Geological accoutrements, Crocker formation, Alluvium deposits, Geophysical, Serusop Village, Tuaran, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 08 Dec 2011 03:24
Last Modified: 12 Oct 2017 03:14
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/503

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository