Audit pematuhan semasa untuk parameter air dan bunyi bagi satu aktiviti kuari di Inanam

Mohd Iskanda Muhamad, (2007) Audit pematuhan semasa untuk parameter air dan bunyi bagi satu aktiviti kuari di Inanam. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000363.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian audit pematuhan terbadap kualiti air dan aras hingga di Kuari Kemajuan Panggi, Inanam, Sabah pada Januari dan Februari 2007. Parameter kualiti air yang dipilih adalah pH, suhu, oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD), jumlah pepejal terampai (TSS) dan minyak: dan gris. Pengukuran bunyi pula dilakukan pada bulan Mac 2007. Audit pematuhan terhadap parameter air iaitu minyak dan garis dan TSS telah menunjukkan peningkatan dalam data kajian bagi semua stesen pemonitoran WI, W2 dan W3 berbanding dengan data pemonitoran terdahulu. Stesen pemonitoran W2 iaitu di takat akhir kolam perangkap mendap telah mengalami pencemaran yang teruk dengan peningkatan sebanyak tiga kali ganda bagi parameter minyak dan gris dengan nilai tertinggi dicatatkan adalah 19.8 mglˉ1 pada bulan Februari 2007 berbanding tahap piawaian yang ditetapkan adalah 10 mglˉ1. Begitu juga dengan nilai TSS pada bulan Februari 2007 pada stesen WI yang bemilai 105.33 mglˉ1 berbanding nilai piawai yang ditetapkan adalah 100 mglˉ1. Data kajian bagi aras hingga mencatatkan kesemua stesen pemonitoran N1, N2, N3 dan N4 adalah di atas piawai yang ditetapkan iaitu 65 Leq dB(A). Perbandingan di buat dengan permonitoran terdahuJu bagi melihat perbezaan data kajian dengan data permonitoran terdahulu. Nilai ramalan dari Laporan Awal EIA Kuari Kemajuan Pangi dibandingkan dengan data pemonitoran keseluruhan bagi melihat ketepatan dalam ramalan impak. Hasilnya peratus ketepatan purata nilai ramalan di dapati tertinggi terhadap parameter BOD pada stesen W3 dengan 90% dan juga parameter jumlah pepejal terampai pada stesen W3 dengan 60%. Bagi peratusan tertinggi ketepatan purata nilai ramalan aras hingga dicatatkan pada stesen pemonitoran N2 dengan 87%. Semakin tinggi nilai peratusan menunjukkan semakin jauh berbeza nilai ramalan dengan data pemonitoran keseluruhan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Noise quality, Water quality, Kemajuan Panggi Quarry, Inanam, Sabah
Subjects: ?? QC851-999 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 07 Dec 2011 06:14
Last Modified: 12 Oct 2017 03:16
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/510

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository