Kesan hormon terhadap pengaruhan PLB daripada segmen daun dan akar Vanda Dearei

Nur Shazlina Yussoff, (2006) Kesan hormon terhadap pengaruhan PLB daripada segmen daun dan akar Vanda Dearei. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000364.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Perkembangan dan proliferasi orkid Vanda dearei telah dikaji melalui teknik kultur tisu. Objektif kajian ini adalah untuk merangsang pembentukan jasad seperti protokorm (PLB) secara langsung atau melalui kalus menggunakan eksplan segmen daun dan akar orkid Vanda dearei dengan rawatan kombinasi hormon auksin dan sitokinin pada kepekatan yang berbeza iaitu pada kepekatan 1 mglˉ¹, 2 mglˉ¹, 4 mglˉ¹, dan 6 mglˉ¹. Hormon yang digunakan adalah IAA, 2,4-D dan kinetin dalam dua keadaan pencahayaan iaitu sama ada dalam keadaan 18jam fotoperiod atau 24jam gelap pada suhu 25°C. Set rawatan hormone tunggal dilakukan terlebih dahulu untuk menentukan hormon yang menunjukkan kesan yang baik dalam keadaan pencahayaan tertentu sebelum set rawatan hormon kombinasi dilakukan. Data dicerap dan dianalisakan setiap 7 hari selama 2 bulan. Hasil kajian mendapati bahawa, kinetin dapat merangsang pembentukan PLB pada setiap kepekatan yang diuji pada kedua-dua pencahayaan. Rawatan kombinasi hormon IAA dan kinetin dalam keadaan gelap pula menunjukkan masa respon eksplan membentuk PLB yang sangat cepat iaitu majoriti seawal 3 minggu. Terdapat 3 rawatan yang memberikan kesan paling positif dalam kajian ini iaitu pada rawatan kombinasi hormon 4 mglˉ¹ IAA + 1 mglˉ¹ kinetin (min PLB 4.10 ± 2.90 per eksplan), 4 mglˉ¹ IAA + 4 mglˉ¹ kinetin (min PLB 5.98 ± 7.23 per eksplan), dan 6 mglˉ¹ IAA + 6 mglˉ¹ kinetin (min PLB 6.65 ± 3.18 pereksplan). Walaubagaimanapun, hanya segmen daun sahaja terutamanya segmen pangkal daun yang berjaya membentuk PLB manakala segmen hujung akar tidak menunjukkan sebarang pembentukan PLB.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Orchid, Vanda dearei, Hormones, Protocorm-like body, PLB
Subjects: ?? QK495 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 08 Dec 2011 07:33
Last Modified: 12 Oct 2017 03:16
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/511

Actions (login required)

View Item View Item