Geologi am dan geomorfologi kawasan Beaufort, Sabah

Wendy Melissa Kuntam, (2006) Geologi am dan geomorfologi kawasan Beaufort, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000365.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di antara garis lintang 05°18'U hingga 05° 23'U dan garis bujur 115° 41'T hingga 115° 4S'T dengan keluasan 8Okm persegi terdiri daripada Formasi Crocker, Formasi Meligan dan Endapan Aluvium Kuatemari. Formasi Crocker ditafsirkan berusia Eosen hingga Miosen Awal hasil endapan laut dalam dengan jenis batu pasir greiwak litik. Unit batuan formasi ini adalah batu pasir tebal selang lapis syal nipis, unit batu pasir selang lapis syal nipis serta unit batu lumpur. Formasi Meligan berusia Miosen Awal bingga Miosen Tengah dengan lapisan tebal batu pasir jenis kuarza wake Formasi Meligan merupakan endapan laut cetek dan tidak mempunyai ciri jujukan Bouma seperti yang ada pada Formasi Crocker. Endapan Aluvium Kuatemari berasosiasi dengan kipas aluvium yang terdiri daripada pebel-pebel batu pasir berbagai saiz. Kawasan kajian meliputi kawasan perbukitan dan dataran rendah yang direntasi oleh sungai utama amnya dari arab timur ke sebelah barat peta kawasan kajian. Kebanyakan anak sungai berpunca daripada kawasan perbukitan dalam Formasi Crocker yang dikawal oleh struktur lineamen positif dan negatif yang terbentuk hasil canggaan tektonik ramau bertrend Barat laut - Tenggara. Kawasan kajian dicirikan oleh empat orde sungai dan terdiri daripada sungai subsekuen, konsekuen, obsekuen, resekuen dan insekuen dalam pengelasan sungai. Proses geomorfologi seperti luluhawa, hakisan dan pengendapan sedimen juga mempengaruhi keadaan muka bumi kawasan kajian yang disebabkan oleh faktor iklim, topografi, aktiviti biologi dan aktiviti manusia.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Geomorphological, Crocker formation, Meligan formation, Alluvium Quaternary Sediment, Meligan sandstone, Beaufort, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 08 Dec 2011 07:21
Last Modified: 12 Oct 2017 03:17
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/512

Actions (login required)

View Item View Item