Pemencilan patogen kulat pada Halia (Zingiber Officinale Rose.)di Tambunan

Nur Faizlin Md Jadi, (2007) Pemencilan patogen kulat pada Halia (Zingiber Officinale Rose.)di Tambunan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
520[1]

Download (25kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti apakah jenis penyakit yang melanda ladang halia di Mahua, Tambunan. Selain daripada itu, objektif kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti apakah jenis-jenis patogen kulat yang menyebabkan penyakit tersebut. Melalui pemencilan yang dilakukan daripada lima sampel pokok halia yang berpenyakit, didapati terdapat tiga kulat dari kelas yang berbeza. Kulat-kulat ini ditulenkan dan diperhatikan di bawah mikroskop cahaya dengan kadar pembesaran yang paling tinggi. Koloni kulat-kulat tersebut didapati terdiri daripada kelas Ascomycetes, Basidiomycetes dan Deuteromycetes. Simptom yang ditunjukkan oleh sampel halia yang diambil adalah sama iaitu mengalami kelayuan, batang berair dan juga rizom yang kecut dan reput. Koloni kulat yang terbanyak dijumpai daripada pemencilan sampel disuntik pada rizom, batang dan daun pokok halia yang segar dan sihat. Didapati, pokok halia segar itu menunjukkan simptom yang sama dengan sampel. Setelah pemencilan dibuat dan kultur kulat ditulenkan, koloni kulat tersebut di perhatikan di bawah mikroskop cahaya dan didapati ia adalah kulat di bawah kelas Deuteromycetes dan genus Fusarium. Manakala penyakitnya dikenaipasti sebagai kelayuan yang disebabkan oleh Fusarium.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Ginger, Zingiber officinale Rosc., Pathogen disease, Mahua field, Tambunan, Sabah
Subjects: ?? QK495 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 07 Dec 2011 04:05
Last Modified: 12 Oct 2017 03:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/519

Actions (login required)

View Item View Item