Penghasilan minuman herba 3 dalam 1- kekwa, pegaga dan gula

Phu, Tze Ching (2007) Penghasilan minuman herba 3 dalam 1- kekwa, pegaga dan gula. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000806.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Minuman herba merupakan suatu minuman tradisi yang biasa di kalangan masyarakat Asia. Lazimnya minuman herba mempunyai rasa pahit dan biasanya diminum untuk mengubati penyakit dan juga untuk menguatkan badan. Bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan minuman herba 3 dalam 1 ini adalah kekwa, pegaga dan gula. Sebanyak sembilan formulasi dihasilkan dan telah melalui penilaian deria yang dijalankan sebanyak tiga sesi. Hanya tiga formulasi dipilih. Melalui Ujian Hedonik yang menilai atribut warna, aroma, kemanisan, kepahitan, aftertaste dan penerimaan keseluruhan mendapati formulasi 3 yang mempunyai 10% serbuk pegaga, 15% serbuk kekwa dan 75% gula adalah yang paling diterima. Kajian penyimpanan menunjukkan bahawa minuman herba 3 in 1 yang disimpan pada suhu bilik (25 ± 5°C) adalah stabil selama tempoh lapan minggu. Melalui ujian sensori untuk menilai atribut warna, aroma, kemanisan, kepahitan, aftertaste dan penerimaan keseluruhan serta ujian mikrobiologi didapati tiada perubahan yang signitikasi dapat dilihat. Ujian pengguna menunjukkan kesukaan keseluruhan pengguna terhadap produk dengan 68% menyukai produk minuman herba 3 dalam 1.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Herb, Drinking, Drinking herbs, Kekwa, Pegaga, Sugar
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 11 Nov 2012 23:36
Last Modified: 13 Oct 2017 04:13
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5351

Actions (login required)

View Item View Item