Pembangunan cokolat berinti campuran kacang hijau bersama kacang tanah

Liew, Lin Shian (2005) Pembangunan cokolat berinti campuran kacang hijau bersama kacang tanah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000811.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dilakukan sebagai satu usaha untuk membangunkan cokolat berinti campuran kacang hijau bersama kacang tanah. Pengformulasian bagi cokolat berinti campuran kacang hijau bersama kacang tanah adalah berasaskan pengubahsuaian peratusan kacang hijau, kacang tanah dan glukos sirap. Formulasi 9 merupakan formulasi terbaik dengan peratus kacang hijau 80% dan kacang tanah 20% sebagai inti. Kandungan nutrien yang dlperolehi daripada analisis proksimat bagi cokolat berinti campuran kacang hijau bersama kacang tanah adalah kandungan kelembapan 1.57 ± 0.54%, lemak 27.20 ± 0.40%, protein 11.00 ± 0.20%, serabut kasar 2.47 ± 0.04%, abu 1.36 ± 0.08% dan karbohidrat 55.87%. Sepanjang tempoh penyimpanan, peningkatan berlaku dari segl kandungan kelembapan (1.56 - 2.85%), asid lemak bebas (0.67 - 0.87%) dan takat lebur (27.3 - 32.60°C). Terdapat perbezaan signifikan p≤0.05 bagi suhu penyimpanan 30 ± 30°C dan 10 ± 30°C dari segi kandungan kelembapan dan juga perbezaan kualiti deria berbanding dengan produk segar. Hasil ujian mlkrobiologi menunjukkan produk akhir adalah selamat dimakan pada kedua - dua suhu selepas tempoh penyimpanan 8 minggu. Daripada 55% respon pengguna menyatakan mereka suka pada cokolat berinti campuran kacang hijau bersama kacang tanah akan membeli produk ini, dan 67% daripadanya akan membeli produk Ini sekiranya dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Chocolate, Mixed mung bean, Groundnut, Glucose syrup
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 11 Dec 2012 09:51
Last Modified: 13 Oct 2017 05:56
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5420

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository