Penilaian gambar sepuluh jenis makanan Malaysia untuk menganggarkan saiz hidangan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Goey, Siang Yee (2007) Penilaian gambar sepuluh jenis makanan Malaysia untuk menganggarkan saiz hidangan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000813.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menilai keupayaan pelajar-pelajar UMS dalam menganggarkan saiz hidangan dan nilai kandungan kalori dalam gambar makanan Malaysia, mengetahui tahap pengetahuan mereka terhadap pemakanan makanan yang sihat mengikut Panduan Diet Malaysia, serta persepsi pelajar UMS terhadap gambar serta saiz hidangan makanan. Seramai 380 responden, 142 lelaki dan 238 perempuan yang berumur di antara 20-49 tahun dipilih. Kajian dijalankan dengan memilih 10 jenis makanan Malaysia, saiz hidangan dan nilai kandungan kalorinya ditentukan, pengambilan gambar makanan dilakukan. Pengumpulan data daripada responden dijalankan dengan menggunakan boring soal selidik yang telah disediakan. Hasil kajian menunjukkan 219 (57.6%) responden hanya berjaya menganggarkan 0-5 daripada 10 saiz hidangan makanan, 161 (42.4%) responden menganggarkan 6-10 saiz hidangan makanan melalui gambar makanan dengan tepat. Sebanyak 175 (46.1%) responden berjaya menganggarkan 6-10 nilai kalori makanan; 205 (53.9%) responden hanya berjaya menjawab 0-5 soalan. Seramai 316 (83.2%) responden dianggap mempunyai tahap pengetahuan terhadap pemakanan sihat kerana Berjaya menjawab 3-5 soalan yang mengenainya dan hanya 64 (16.8%) responden dikatakan tiada pengetahuan. Terdapat hubungan antara skor responden bagi tahap pengetahuan terhadap pemakanan dengan skor responden dalam mengelaskan makanan mengikut nilai kalorinya di mana hubungan yang positif wujud (r=0.173, p<0.05). Ujian Khi kuasa dua menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara skor responden bagi tahap pengetahuan terhadap pemakanan sihat dengan jantina responden (p=0.000), serta dengan sekolah pengajian (p=0.028). Wujudnya perkaitan antara skor responden bagi tahap pengetahuan terhadap pemakanan sihat dengan skor responden dalam mengelaskan makanan mengikut nilai kalorinya (p=0.001). Pada persepsi-persepsi responden, seramai 217 (57.1%) responden tidak berpendapat bahawa gambar makanan membantu mereka dalam menganggarkan saiz hidangan makanan yang tepat. Kesimpulannya, walaupun responden mempunyai tahap pengetahuan terhadap pemakanan sihat yang tinggi, tetapi mereka kurang berupaya dalam menganggarkan saiz hidangan

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food, Malaysian food, Malaysian Dietary Guidelines, Healthy diet
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 06 Dec 2012 07:30
Last Modified: 13 Oct 2017 05:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5422

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository