Tabiat pengambilan sarapan pagi di kalangan remaja di daerah Kulim, Kedah

Nurul Husna Mohd Shukri, (2007) Tabiat pengambilan sarapan pagi di kalangan remaja di daerah Kulim, Kedah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000814.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Objektif utama kajian ini ialah mengkaji tabiat pengambilan sarapan pagi dan corak pemakanannya di kalangan remaja di Kulim, Kedah. Pengedaran borang soal selidik serta pengukuran antropometri untuk pengiraan JJT dilakukan ke atas 350 responden, (n; lelaki=147 orang, perempuan=203 orang). Borang soal selidik mempunyai enam bahagian iaitu demografi, tabiat pengambilan sarapan pagi, Borang Ingatan Semula Diet 24 Jam, Borang Kekerapan Pengambilan Sarapan Pagi, tahap pengetahuan pemakanan dan pengukuran antropometri. Data dianalisa menggunakan ujian statistik kolerasi Spearman's Rank Order, Khi Kuasa Dua dan Mann-Whitney U. Sebanyak 61.1% responden bersarapan pagi pada hari kajian. Sejumlah 40% responden dikategorikan sebagai pengamal sarapan pagi (bersarapan setiap hari atau 5-6 kali seminggu) dan 60% sebagai pengabai sarapan pagi (bersarapan kurang daripada 4 kali seminggu). Berasa lebih selesa selepas bersarapan dan dibiasakan oleh ibu bapa adalah dua sebab utama pengambilan sarapan pagi. Masa terhad dan tidak lapar adalah alasan utama responden melangkau sarapan pagi. Sebanyak 29% responden mencapai pengambilan kalori sarapan pagi iaitu 25 hingga 30% daripada pengambilan kalori harian yang disarankan. lima makanan paling kerap dimakan mengikut turutan ialah roti putih, telur goreng, karipap, nasi goreng dan nasi lemak. Minuman yang paling kerap diambil ialah air kosong dan minuman coklat. Kategori pengambilan sarapan pagi didapati mempunyai perkaitan signifikan dengan pengkelasan IJT (r=-0.159,p=0.03) dan juga tahap pengetahuan pemakanan (r=-0.20,p=0.00). Namun, kolerasi rendah menyebabkan perhubungan wujud lemah dan tidak mempengaruhi antara satu sarna lain. Kesimpulannya, tabiat pengambilan sarapan pagi di kalangan remaja Kulim agak kurang memuaskan dan amalan pengambilan sarapan pagi berkhasiat perlu dipertingkatkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food, Breakfast habit, Adolescent
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 06 Dec 2012 06:46
Last Modified: 13 Oct 2017 05:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5423

Actions (login required)

View Item View Item