Penghasilan produk aiskrim rozel (Hibiscus Sabdariffa L.) campuran oat

Nadia Darmaji, (2010) Penghasilan produk aiskrim rozel (Hibiscus Sabdariffa L.) campuran oat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000817.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk memilih satu formulasi aiskrim rozel campuran oat melalui ujian pemeringkatan BIB dan ujian hedonik, menjalankan analisis proksimat bagi menentukan kandungan nutrisi dan kandungan tenaga serta mengira peratus overrun di dalam produk aiskrim rozel campuran oat yang dihasilkan, mengkaji mutu simpanan produk melalui ujian mikrobiologl dan ujian sensori berganda serta mengkaji penerimaan pengguna terhaclap atribut produk aiskrim campuran oat melalui ujian sensori penerimaan pengguna. Kaedah pengformulasian dilakukan untuk memilih formulasi terbaik daripada 9 pilihan formulasi aiskrim rozel campuran oat. Analisis proksimat dijalankan untuk menentukan kandungan nutrisi dan tenaga di dalam produk yang dihasilkan. Pengiraan peratus overrun dan kajian mutu simpanan turut dilakukan keatas produk. Ujian penerimaan pengguna pula dilakukan untuk menguji penerimaan pengguna terhadap produk yang dihasilkan. Formulasi 4 telah dipilih sebagai formulasi terbaik daripada 9 pilihan formulasi yang dihasilkan. Melalui Analisis Proksimat yang telah dijalankan keatas formulasi 4, produk aiskrim rozel campuran oat ini didapati mempunyai kandungan lembapan sebanyak 61.78%, abu 0.49%, lemak 30.25%, protein 3.1203%, serabut kasar 3.02% dan karbohidrat sebanyak 9.4%. Perhitungan nilai tenaga menunjukkan aiskrim rozel campuran mengandungi sebanyak 1172.02kJ atau 298.13kcal tenaga dalam 100g aiskrim. Ujian mikrobiologi yang dijalankan keatas produk aiskrim rozel campuran oat menunjukkan tidak ada cemaran Jumlah kiraan Plat (Total Plate Count) dan koloni yis dan kulat melebihi standard yang ditetapkan sepanjang 8 minggu tempoh penyimpanan produk pada suhu sejukbeku -20 ± 5°C. Ujian sensori perbandingan berganda tahap perbezaan warna, aroma, tekstur, rasa dan penerimaan keseluruhan produk yang telah melalui tempoh penyimpanan selama 2, 4, 6 dan 8 minggu mencatatkan skor antara 3 dan 4, dimana skor 3 mewakili tahap perbezaan 'sedikit kurang berbanding R' manakala skor 4 mewakili tahap perbezaan 'tiada perbezaan berbanding R'. Pengiraan peratus overrun yang dijalankan keatas produk aiskrim campuran oat menunjukkan peratus overrun di dalam produk tersebut adalah 23.5%. Ujian Sensori Penerimaan Pengguna yang dilakukan menunjukkan pengguna suka tehadap produk yang dihasilkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Roselle, Ice cream, Oat, Hibiscus Sabdariffa L., Roselle ice cream, Nutrition
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Jan 2013 03:50
Last Modified: 13 Oct 2017 06:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5479

Actions (login required)

View Item View Item