Analisis purata nilai gred kumulatif pelajar Sekolah Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Sabah

Kong, Pei Fun (2005) Analisis purata nilai gred kumulatif pelajar Sekolah Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000822.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan min purata nilai gred kumulatif (pNGK) pelajar antara sepuluh program yang terdapat di Sekolah Sains dan Teknologi (SST), Universiti Malaysia Sabah (VMS) mengikut tahun 1997/98 hingga 2001/02. Statistik berperihalan digunakan untuk melihat min PNGK mengikut sepuluh program dan lima tahun yang dikaji masing-masing. Analisis varians (ANOVA) satu hala dan analisis varians (ANOVA) dua hala digunakan untuk mengkaji perbezaan bererti min antara sepuluh program dan lima tahun masing-masing. Didapati bahawa ada perbezaan bererti min PNGK antara sepuluh program dan lima tahun masing-masing. Analisis korelasi digunakan untuk mengkaji kekuatan hubungan bahawa wujud semua hubungan linear positif yang kuat antara PNGS dan PNGK pelajar SST dalam setiap semester bagi tahun pengajian tertentu. Ujian khi kuasadua ketaksandaran digunakan untuk menguji sama ada wujud hubungan atau ketaksandaran pemboleh ubah-pemboleh ubah kategori yang terdiri daripada sepuluh program di SST dengan PNGK dan lima tahun graduat dengan PNGK. Didapati program SST dan tahun graduat wujud hubungan yang bersandar dengan PNGK pelajar SST.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Mean different between programmes, School Science and Technology, SST, ANOVA, CGPA, CGPS
Subjects: ?? QA273-280 ??
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Jan 2013 03:21
Last Modified: 13 Oct 2017 06:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5554

Actions (login required)

View Item View Item