Kajian pemakanan anuran di kalangan masyarakat banadaraya Kota Kinabalu

Juita Anthony Kingan, (2006) Kajian pemakanan anuran di kalangan masyarakat banadaraya Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000823.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan dengan pemakanan anuran di kalangan masyarakat Bandaraya Kota Kinabalu. Objektif utama kajian ini ialah untuk menentukan pola pemakanan (kekerapan dan spesies) anuran di kalangan masyarakat Bandaraya Kota Kinabalu, menentukan tahap pemakanan anuran spesies eksotik (Rana catesbeiana) di kalangan masyarakat Bandaraya Kota Kinabalu, dan membandingkan pemakanan anuran spesies eksotik (Rana catesbeiana) dengan spesies tempatan. Kaedah soal selidik dan temubual bersama responden digunakan untuk mencapai objektif. Seramai 251 responden yang telah disoalselidik dan tiga orang di antara mereka telah ditemubual. Daripada jumlah ini, seramai 119 responden memakan anuran. Hasil ujian khi kuasa dua menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan signifikan (p>0.05) di antara umur responden dengan amalan pemakanan anuran. Dari segi kekerapan pula, didapati kebanyakan masyarakat Bandaraya Kota Kinabalu, iaitu 27% memakan anuran tiga kali dalam sebulan. Tahap penerimaan anuran sebagai makanan menunjukkan majoriti masyarakat Bandaraya Kota Kinabalu yang bukan beragama Islam sangat suka memakan anuran. Melalui perbandingan, didapati masyarakat Bandaraya Kota Kinabalu lebih gemar memakan anuran spesies eksotik (Rana catesbeiana) berbandingkan anuran spesies tempatan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Anuran consumption pattern, Frequency and species, Exotic anuran species, Rana catesbeiana, Kota Kinabalu, Sabah
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 11 Dec 2012 09:39
Last Modified: 13 Oct 2017 06:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5555

Actions (login required)

View Item View Item