Pengukuran halaju rambatan gelombang bunyi dalam udara

Nurshaqeera Sherly Sibangun, (2007) Pengukuran halaju rambatan gelombang bunyi dalam udara. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000825.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Seperti yang diketahui umum, bunyi merambat dengan halaju yang berlainan dalam medium-medium tertentu. Halaju bunyi merambat di dalam udara adalah kurang laju jika dibandingkan dengan halaju bunyi merambat di dalam medium-medium yang lain. Mengikut teori umum, halaju bunyi merambat di dalam udara ialah 334 ms-¹ . Kajian ini adalah untuk menentukan halaju bunyi yang merambat di dalam udara dengan menggunakan dua eksperimen melalui kaedah yang berlainan. Dua mikrofon condenser digunakan untuk mengesan isyarat yang dikeluarkan oleh pembesar suara. Dengan menggunakan perisian dBFA32, isyarat gelombang bunyi yang dikesan olah mikrofon tersebut akan ditukar kepada graf amplitud melawan masa. Melalui graf yang diperolehi halaju dapat ditentukan. Daripada kedua-dua eksperimen yang dijalankan, nilai halaju bunyi yang diperolehi adalah di antara 255 ms-¹ hingga 745 ms-¹.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Sounds, Sound travel, Sound wave
Subjects: ?? QC221-246 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Jan 2013 02:40
Last Modified: 13 Oct 2017 06:13
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5614

Actions (login required)

View Item View Item