Kajian kepuasan orang ramai terhadap perkhidmatan Hospital Queen Elizabeth

Ummu Hani Abu Bakar, (2007) Kajian kepuasan orang ramai terhadap perkhidmatan Hospital Queen Elizabeth. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000828.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor kepuasan pesakit terhadap strategi perkhidmatan, faktor kepuasan pesakit terhadap persekitaran perkhidmatan dan juga faktor kepuasan pesakit terhadap penyampaian perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hospital Queen Elizabeth (HQE). Tinjauan telah dijalankan ke atas 150 pesakit yang mendapatkan rawatan di HQE. Instrumen kajian melibatkan penggunaan borang soal selidik yang terdiri daripada soalan-soalan tertutup. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor kepuasan pesakit terhadap strategi perkhidmatan iaitu "proses pendaftaran", "penjelasan doktor", "respon para staf", "waktu melawat", dan "layanan terhadap permintaan pesakit". Terdapat tiga faktor kepuasan pesakit terhadap persekitaran perkhidmatan iaitu "makanan dan kemudahan di dalam wad" "suasana wad" dan juga "kebersihan wad". Manakala terdapat enam faktor yang mempengaruhi kepuasan pesakit terhadap penyampaian perkhidmatan iaitu "perwatakan staf", "keyakinan terhadap kemudahan yang disediakan", ''kemesraan para staf", "kesediaan para staf melayan permintaan pesakit", "masa yang diluangkan oleh staf untuk pesakif" dan "kemahiran para staf".

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Patient's satisfaction, Service strategy, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah
Subjects: ?? RA960-1000.5 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Jan 2013 02:27
Last Modified: 13 Oct 2017 06:16
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5617

Actions (login required)

View Item View Item