Faktor pengaruh hasil sehektar (kg) getah dan impaknya kepada ekonomi Sabah

Fatmah Ali, (2007) Faktor pengaruh hasil sehektar (kg) getah dan impaknya kepada ekonomi Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000831.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengkaji faktor penyumbang yang mempengaruhi hasil sehektar (kg) getah dan impaknya kepada pertumbuhan ekonomi getah Sabah. Selain itu, kajian ini juga turut meramal pengeluaran getah pada tahun yang akan datang. Kajian ini mempunyai dua set data iaitu data asal da data jelmaan memandangkan antara objektif kajian ini adalah untuk melihat kesan penjeimaan ke atas data asal. Kajian ini menggunakan kaedah regresi berganda untuk menguji semua kebarangkalian pembolehubah yang boleh mempengaruhi hasil pengeluaran getah setiap tahun. Lapan criteria digunakan untuk mencari model terbaik untuk menentukan faktor yang mempengaruhi hasil sehektar (kg) getah. Selain itu, interaksi antara pembolehubah juga tumt di ambil kira. Memandangkan terdapat lima pembolebubah tak bersandar, maka interaksi akan berlaku sampai interaksi yang keempat. Pendekatan ujian F, ujian-t, ujian Wald dan ujian kerawakan juga dapat membantu dalam kajian ini. Selain daripada itu, kubik splin juga diaplikasikan dalam kajian ini kerana terdapatnya data yang tidak dicerap. Oleh sebab itu, penggunaan kubik splin adalah untuk mengkaji data yang hilang (missing data). Dalam peramalan pu1a, kajian ini tumt menggunakan penganggaran kaedah regresi. Sisihan relatif peramalan mendapati bahawa kedua-dua ramalan menjauhi nilai sebenar. Data yang diperolehi adalah data sekunder daripada Jabatan Perangkaan Negeri Sabah. Data yang diperolehi ini adalah data tahunan selama 25 tahun bermu1a pada tahun 1979 bingga tahun 2002. Kesimpu1annya, kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan pembolebubah yang ada dalam mempengaruhi hasil sehektar (kg) getah Sabah sekaligus meramal hasil pengeluaran getah di masa akan datang.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Rubber, Rubber wood, Economic growth, Sabah economy
Subjects: ?? SB183-317 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Jan 2013 01:37
Last Modified: 13 Oct 2017 06:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5620

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository