Pandangan ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan kesihatan seksual kepada anak-anak

Anita Emiwati Abdullah, (2007) Pandangan ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan kesihatan seksual kepada anak-anak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000835.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk menyelidik sikap dan pengalaman ibu bapa di Likas, Kota Kinabalu berkenaan pendidikan kesihatan seksual di sekolah dan di rumah. Seramai 300 ibu bapa di Likas, Kota Kinabalu diedarkan borang soal selidik untuk dilengkapkan. Seramai 67.3% ibu bapa bersetuju bahawa pendidikan kesihatan seksual patut disediakan di sekolah dan 75.3% merasakan bahawa ibu bapa dan pihak sekolah patut berkongsi tanggungjawab dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan ini dengan sempurna. Separuh daripada ibu bapa merasakan pendidikan ini patut diberi pendedahan kepada anak-anak yang belajar di sekolah menengah. Kebanyakan ibu bapa memberi sokongan untuk memasukkan bampir keseluruhan topik dalam kurikulum pendidikan kesihatan seksual kecuali beberapa topik yang dianggap agak kontroversi seperti tingkah laku seksual, pomografi dan juga kepuasan seksual. Berdasarkan kepada analisis yang dibuat, pendapat mengenai pendidikan seksual adalah bersandar dengan faktor demografi iaitu tahap pendidikan dan tempat tinggal responden. Manakala pendapat ibu bapa mengenai pendidikan seksual adalah tidak bersandar berdasarkan faktor umur. Sementara itu, ujian menunjukkan taraf pendidikan ibu bapa mempengaruhi tahap kepentingan pendidikan ini kepada anak-anak. Walaupun ibu bapa menyatakan mereka mengharapkan penglibatan mereka dalam memberikan pendidikan ini kepada anak-anak, namun kebanyakan mereka tidak membincangkan secara terperinci topik-topik dalam pendidikan ini bersama anak-anak.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Sexual health, Children health, Likas, Kota Kinabalu, Sabah
Subjects: ?? RA773-788 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Jan 2013 02:01
Last Modified: 13 Oct 2017 06:21
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5625

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository