Kajian antioksida, antibakteria dan kesitotoksikan terhdap ekstrak metanol tumbuhan Labisia Pumila var. Lanceolata (Kacip Fatimah)

Asliza Asan, (2005) Kajian antioksida, antibakteria dan kesitotoksikan terhdap ekstrak metanol tumbuhan Labisia Pumila var. Lanceolata (Kacip Fatimah). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000846.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan terhadap tumbuhan Labisia pumila var. lanceolata (Kacip Fatimah) untuk mengkaji aktiviti antioksida, tahap kesitotoksikan dan potensinya sebagai agan antibakteria baru. Pengekstrakan dilakukan secara Soxhlet dengan menggunakan pelarut petroleum eter dan metanol ke atas sampel kering tumbuhan ini. Sebanyak 5.6g ekstrak metanol daun dan sebanyak 5.2g ekstrak metanol batang-akar telah diperolehi daripada pengekstrakan Soxhlet tersebut. Ujian DPPH untuk mengkaji aktiviti antioksida sampel kajian menunjukkan bahawa ekstrak metanol daun mempunyai aktiviti antioksida yang lebih tinggi daripada ekstrak metanol batang-akar. Didapati ekstrak metanol daun menjadi agen antioksida yang baik seperti BHT hanya pada kepekatan setinggi 1400 ppm. Manakala ekstrak metanol batang-akar mempunyai aktiviti antioksida lemah walaupun pada kepekatan setinggi 1800 ppm. Ujian kesitotoksikan mendapati kesitotoksikan relatif CRT) terhadap kalium dikromat bagi ekstrak metanol daun (1.19) dan batang-akar (0.45) menunjukkan tahap kesitotoksikan ekstrak metanol daun > kalium dikromat > ekstrak metanol batang-akar. Selain itu, ekstrak metanol tumbuhan ini menunjukkan keputusan yang negatif untuk ujian antibakteria ke atas bakteria Bacillus subtilis (gram positif), Staphylococcus aureus (gram positif) dan Escherichia coli (gram negatif) pada kepekatan darijulat 10-50mg/ml.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Labisia pumila, Lanceolata, Kacip Fatimah, Antioxidant
Subjects: ?? QK474.8-495 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Jan 2013 09:31
Last Modified: 13 Oct 2017 07:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5681

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository