Luahan fosfat semasa di sungai Menggatal

Noorain Mohd Tuah, (2006) Luahan fosfat semasa di sungai Menggatal. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000883.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai luahan fosfat di Sungai Menggatal melibatkan persampelan sebanyak empat kali di empat buah stesen yang telah dipilih di sepanjang sungai. Objektif kajian ini adalah untuk memahami hubungan semasa di antara kadar luahan sungai dan kadar kepekatan fosfat bagi menentukan latar belakang kepekatan fosfat, beban angkutan fosfat, dan punca kawasan yang berpotensi untuk menyumbang kemasukkan fosfat ke dalam Sungai Menggatal. Kaedah pembauran telah digunakan untuk mengukur kadar luahan di kawasan persampelan sementara alat spektrofotometer digunakan untuk analisis kepekatan fosfat dalam sample air. Hasil kajian menunjukkan luahan Sungai Menggatal mempengaruhi kepekatan fosfat. Julat nilai kepekatan fosfat ialah 0.42 - 1.586 mg/1, julat nilai luahan sungai ialah 0.006 - 0.292 m3/s dan julat nilai beban adalah di antara 0.82 - 10.85 kg. Stesen keempat menunjukkan jumlah input fosfat yang paling tinggi dari persekitarannya iaitu dua kali lebih tinggi dari kepekatan latar belakang. Kehadiran fosfat dalam sungai disebabkan oleh aktiviti perindustrian, penternakan dan sisa domestik yang terdapat dalam kawasan tadahan sungai.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Menggatal river, phosphate
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 14 May 2013 04:34
Last Modified: 13 Oct 2017 08:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5870

Actions (login required)

View Item View Item