Faktor risiko jaundis di kalangan bayi baru lahir

Rabiatul A'dawiyah Ahmed Yusuff, (2007) Faktor risiko jaundis di kalangan bayi baru lahir. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000886.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dibuat untuk: menganalisis faktor risiko jaundis di kalangan bayi baru lahir di daerah Taiping, Perak. Data yang diperolehi adalah dalarn bentuk data sekunder yang melibatkan sebanyak 909 kes jaundis yang direkodkan sepanjang tahun 2005 dan 2006. Pembolehubah kuantitatif yang terlibat adalah paras bilirubin, jarak hospital, jarak klinik, dan umur ibu. Bagi data kualitatif, pembolehubah yang terlibat adalah rumusan kes jaundis, etnik, kumpulan darah ibu, umur ibu, lokasi tempat tinggal, rawatan, dan faktor risiko. Analisis korelasi dijalankan untuk: melihat hubungan di antara paras bilirubin dengan jarak hospital, jarak klinik, umur ibu, kumpulan darah ibu, lokasi tempat tinggal, rawatan dan faktor risiko. Hasil korelasi menunjukkan terdapatnya hubungan linear di antara paras bilirubin dengan kumpulan darah ibu, lokasi tempat tinggal, rawatan dan faktor risiko. Analisis khi-kuasa dua dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor lain yang mempengaruhi jaundis iaitu rumusan kes jaundis sama ada NNJ atau SNNJ dengan faktor seperti etnik, kumpulan darah ibu, umur ibu, lokasi tempat tingal, faktor risiko dan rawatan. Hasil analisis mendapati rumusan kes jaundis adalah bersandar dengan empat faktor iaitu kumpulan darah ibu, lokasi tempat tinggal, rawatan dan faktor risiko.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: jaundis,
Subjects: Q Science > QM Human anatomy
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 14 May 2013 04:21
Last Modified: 13 Oct 2017 08:24
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5873

Actions (login required)

View Item View Item