Sejarah pendidikan mubaligh di daerah Papar, Sabah: sekolah St. Joseph, Papar (1881-1975)

Thien, Julia (2009) Sejarah pendidikan mubaligh di daerah Papar, Sabah: sekolah St. Joseph, Papar (1881-1975). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000901.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini ialah mengenai konsep dan sejarah pendidikan mubaligh yang wujud di negeri Sabah. Secara khususnya meneliti perkembangan Sekolah St. Joseph, iaitu antara sekolah-sekolah mubaligh di Daerah Papar. Tinjauan kajian ini meliputi aspek-aspek pendidikan agama dan pendidikan sekular yang dimainkan oleh sekolah ini di samping menerangkan peranan Mubaligh Kristian dalam kegiatan pendakwahan Kristian di kalangan penduduk tempatan. Perkembangan pendidikan Sekolah Mubaligh ini dapat menjadi satu contoh gambaran tujuan dan matlamat pendidikan mubaligh di Sabah dan titik permulaan masyarakat tempatan dalam menerima pendidikan sekular. Kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah penyelidikan arkib dan Kaedah perpustakaan bagi mendapatkan sumber primer dan sumber sekunder. Kaedah temu bual juga dilakukan untuk mengetahui reaksi masyarakat tempatan terhadap kewujudan penyebaran sumbangan Sekolah Mubaligh ini. Secara keseluruhannya, pendidikan mubaligh dilihat telah berjaya mengubah sebahagian corak kehidupan penduduk tempatan. Perubahan yang wujud boleh dilihat dan aspek ekonomi, sosial mahupun politik masyarakat Daerah Papar.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: mubaligh education ,sekolah st. joseph, papar , Sabah ,
Subjects: L Education > LA History of education
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 14 May 2013 03:20
Last Modified: 13 Oct 2017 08:50
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5888

Actions (login required)

View Item View Item