Geologi am dan sedimentologi di sepanjang lebuh raya Buti-Bakam 25KM hingga 37KM dari Bandar Bintulu

Chong, Cindy Kho Sing (2008) Geologi am dan sedimentologi di sepanjang lebuh raya Buti-Bakam 25KM hingga 37KM dari Bandar Bintulu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000358.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sepanjang Lebuh Raya Buti-Bakam yang berjarak 25 km hingga 37 km dari bandar Bintulu. Kawasan kajian dibatasi oleh latitud 03° 18'U hingga 03° 22'U dan longitud 113° II'T hingga 113° 18'T. Kawasan yang seluas 120 km² ini mewakili Formasi Nyalau yang berusia Oligosen Akhir hingga Miosen Tengah. Formasi Nyalau kawasan kajian boleh dibahagikan kepada tiga fasies utama iaitu Fasies Batu Pasir Berselang Lapis Batu Lumpur, Fasies Heterolitik dan Fasies Syal. Fasies Batu Pasir Berselang Lapis Batu Lumpur dicirikan oleh majoriti batu pasir yang kurang daripada ketebalan 200cm dan minoriti batu pasir berketebalan 200cm hingga 500cm. Fasies Heterolitik dicirikan oleh batu pasir berlaminasi flaser dan berlaminasi lensa. Fasies syal dicirikan oleh syal yang disisip oleh campuran batu lodak dan batu pasir nipis seperti 'tidalite'. Kehadiran struktur sedimen seperti lapisan silang 'herring bone', kesan riak, aliran riak, klasta lumpur dan laminasi karbon dijumpai. Analisis fasies menunjukkan asosiasi fasies kawasan dataran pasang sumt, beting pasir memanjang, migrasi beting, alur beting dan alur cetek yang jelas menunjukkan sekitaran pengendapan estuari marin cetek yang berkemungkinan kawasan berpaya dengan kehadiran lignit dan kepingan arang. Analisis struktur menunjukkan arah percanggaan Utara Barat Laut-Selatan Tenggara.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Sedimentology, Highway, Nyalau formation
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 30 Nov 2011 02:52
Last Modified: 12 Oct 2017 03:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/595

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository