Kajian tinjauan kesedaran terhadap keselamatan makanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Prasana Gunapalan, (2011) Kajian tinjauan kesedaran terhadap keselamatan makanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2868Kb

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan amalan dan tahap pengetahuan pelajar mengenai penyediaan dan pengendalian makanan yang selamat serta penyakit bawaan makanan. Objektif sampingan bagi kajian ini adalah untuk mengkaji faktorfaktor yang mempengaruhi tahap kesedaran pelajar mengenai keselamatan makanan. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar UMS dad 11 buah sekolah pengajian. Jumlah responden adalah seramai 448 orang, iaitu seramai 224 orang lelaki dan 224 orang perempuan. Borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada pelajar. Mengikut keputusan yang diperolehi, kebanyakan pelajar mempunyai pengetahuan pada tahap yang kurang balk mengenai keselamatan makanan dan penyakit bawaan makanan. Terdapat hubungan signifikan yang wujud di antara umur dan pengetahuan mengenai keselamatan makanan dan penyakit bawaan makanan (p<0.05). Hubungan signifikan juga wujud di antara sekolah pengajian dan pengetahuan mengenai keselamatan makanan dan penyakit bawaan makanan (p<0.05). IN menunjukkan bahawa umur dan sekolah pengajian mempengaruhi tahap pengetahuan pelajar mengenai keselamatan makanan dan penyakit bawaan makanan. Kebanyakan pelajar mempraktikkan amalan yang betul bagi isu-isu seperti penilaian makanan selamat dan cara pemanasan semula makanan. Pelajar tidak mempraktikkan amalany ang betul bagi isu-isu seperti pembersihana latan dan penyimpananm akanan. Terdapat perbezaan signifikan yang wujud di antara jantina dan beberapa amalan keselamatan makanan seperti amalan pembersihan alatan dan Iangkah berjaga-jaga dalam memastikan persekitaran tempat jualan adalah bersih (p<0.05). Pihak kerajaan dan pihak universiti perlu bekerjasama untuk mengadakan program keselamatan makanan di universiti bagi meningkatkan kesedaran keselamatan makanan di kalangan pelajar.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:awareness food safety, student, UMS
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:5969
Deposited By:IR Admin
Deposited On:16 May 2013 08:58
Last Modified:16 May 2013 08:58

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository