Pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) ibu terhadap isu kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak

Nor Samee'ah Dandan Satia, (2011) Pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) ibu terhadap isu kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2215Kb

Abstract

Kajian Pengetahuan, Sikap dan Amalan (KAP) Ibu terhadap Isu Kekurangan Zat Makanan (KZM) di kalangan kanak-kanak telah dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik, pengukuran antropometri, borang ingatan diet 24-jam dan borang kekerapan makanan. Seramai 28 orang kanak-kanak (Ielaki dan perempuan) KZM terlibat dalam kajian ini dan berumur di dalam lingkungan enam tahun ke bawah. Melalui pengukuran antropometri, didapati tidak semua kanak-kanak yang tersenarai dalam Program Pemulihan Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) tergolong sebagai kanak-kanak KZM. Status pengambilan nutrien kanak-kanak (borang ingatan diet 24-jam) menunjukkan purata pengambilan makanan kanak-kanak adalah tidak mencapai saranan RNI bagi kebanyakan pengambilan makronutrien, mikronutrien dan mineral. Tetapi pengambilan tenaga, protein, vitamin B1 dan vitamin B2 menunjukkan purata pengambilan yang melebihi saranan RNI. Serat diet sahaja yang menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan (p=0.025<0.05). Sumber pengambilan kumpulan nutrien di kalangan kanak-kanak KZM menunjukkan hanya kumpulan makanan bijirin dan sumber bijirin yang dapat dicapai oleh kedua-dua jantina mengikut saranan Garis Panduan Piramid Makanan Malaysia dan wujudnya perbezaan signifikan untuk semua kumpulan makanan (p<0.05). Kajian tahap pengetahuan, sikap dan amalan menunjukkan tidak wujud hubungan korelasi di antara tahap pengetahuan dengan sikap tetapi wujud di antara sikap dan amalan (p=0.08<0.05).

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:knowledge, attitutes, practices, KAP, undernutrition, children, RNI
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:5985
Deposited By:IR Admin
Deposited On:17 May 2013 10:30
Last Modified:17 May 2013 10:30

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository