Kajian pemasaran makanan halal bagi industri kecil sederhana di Kota Kinabalu, Sabah

Nur Atiqah Abdul Hamid, (2011) Kajian pemasaran makanan halal bagi industri kecil sederhana di Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
1807Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji nilai pemasaran makanan halal bagi lndustri Kecil Sederhana di kawasan Kota Kinabalu, Sabah. Kaedah yang digunakan adalah kaedah borang soal selidik dan kaedah temu bual. Borang soal selidik set satu digunakan untuk responden yang terdiri dari pengusaha lndustri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kota Kinabalu dan borang soal selidik set dua digunakan untuk responden yang terdiri dari pengguna. Bagi borang kaji selidik set satu, majoriti dari responden (72%, 36 orang) memperolehi purata pendapatan bulanan bermula dari RM 3100 dan keatas. Bagi faktor-faktor yang mempengaruhi pemasaran yang terdapat dalam borang soal selidik satu, majoriti (92%, 46 orang) responden menjalankan promosi ke atas produk makanan mereka dan menjalankan aktiviti maklum balas pengguna. Tambahan lagi, (50%, 25 orang) dari jumlah keseluruhan responden menjual produk makanan di kedai runcit dan ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi purata pendapatan bulan di mana terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) dan menunjukkan bahawa jenis tempat jualan mempengaruhi pemasaran. Promosi yang dijalankan juga mempengaruhi purata pendapatan bulan di mana mempunyai perbezaan yang signifikan iaitu (p<0.05). Kekerapan menjalankan aktiviti maklum balas pengguna juga mempunyai hubungan yang kuat dengan purata pendapatan bulanan (p<0.05). Manakala bagi borang kaji selidik set dua membuktikan bahawa tanda halal yang sah mempengaruhi pengguna-pengguna dalam membeli produk makanan. lni dapat dibuktikan dengan terdapatnya perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi agama dan kekerapan membeli produk yang mempunyai tanda pengesahan halal. Bagi hasil temubual, didapati IKS di Kota Kinabalu mempunyai potensi yang lebih besar untuk meningkatkan lagi nilai pemasaran yang sedia ada. Kesimpulannya, nilai pemasaran makanan halal bagi lndustri Kecil dan Sederhana di Kota Kinabalu berada pada tahap yang memberansangkan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:halal food, small and medium industries, Kota Kinabalu, Sabah
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:5987
Deposited By:IR Admin
Deposited On:17 May 2013 10:29
Last Modified:17 May 2013 10:29

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository