Kajian terhadap kepuasan pesakit terhadap makanan di Hospital Keningau

Novianne Jeofery, (2011) Kajian terhadap kepuasan pesakit terhadap makanan di Hospital Keningau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2168Kb

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di Hospital Keningau bagi menentukan tahap kepuasan pesakit terhadap makanan yang dihidang. Tahap penerimaan terhadap perkhidmatan makanan juga dikaji. Seramai 150 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang melibatkan wad perubatan, wad pembedahan, dan wad obstetrik dan ginekologi. 86.6% responden berpendapat bahawa makanan yang dihidang adalah sangat memuaskan dan memuaskan. Bagi tahap penerimaan terhadap perkhidmatan makanan, 89.3% responden berpendapat bahawa perkhidmatan makanan yang diberikan adalah sangat memuaskan dan memuaskan. Ujian khi kuasa dua digunakan bagi tujuan melihat hubungan di antara aspek kualiti makanan (rasa, bau, tekstur, suhu makanan dan minuman dan kesegaran buah dan sayur) terhadap kepuasan keseluruhan makanan dan aspek perkhidmatan (pilihan makanan, masa hidangan, kebersihan dan layanan pekerja) terhadap kepuasan keseluruhan perkhidmatan makanan. Terdapat perkaitan yang signifikan terhadap semua aspek kualiti makanan dengan makanan yang dihidang dengan nilai p<0.05. Begitu juga dengan hubungan antara aspek perkhidmatan makanan dengan perkhidmatan makanan yang diberikan dengan kekuatan kolerasi yang sederhana. Bagi hubungan antara aspek kualiti makanan dengan tahap kepuasan keseluruhan terhadap makanan dihidang, hanya faktor kesegaran buah dan sayur sahaja yang menunjukkan kekuatan korelasi yang kuat. Manakala, bagi mengkaji hubungan antara kepuasan pesakit dengan faktor demografik, analisis Pearson khi kuasa dua digunakan dan mendapati hanya faktor pendidikan (p<0.05) sahaja menunjukkan perkaitan yang signifikan terhadap penilaian kepuasan keseluruhan makanan yang dihidang dan perkhidmatan makanan yang diberikan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:satisfaction, food, Hospital Keningau
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:5988
Deposited By:IR Admin
Deposited On:17 May 2013 10:23
Last Modified:17 May 2013 10:23

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository