Penghasilan pencuci mulut sejuk Soya dengan Avokado dan Saderi

Low, Yun Yuan (2011) Penghasilan pencuci mulut sejuk Soya dengan Avokado dan Saderi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
3030Kb

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk menghasilkan pencuci mulut sejuk soya dengan avokado dan saderi. Pembentukan formula untuk pencuci mulut sejuk soya ini adalah berasaskan pengubahsuaian dari segi peratus susu kacang soya dan avokado manakala peratus saderi dan gula ditetapkan. Sebanyak 9 formula dibentuk daripada gabungan nisbah susu soya dan avokado dengan 16:26, 16:28, 16:30, 20:26, 20:28, 20:30, 24:26, 24:28, dan 24:30. 3 formula diperolehi melalui ujian sensori pemeringkatan. Formula enam dipilih sebagai formula terbaik dengan kandungan 20% susu soya, 30% avokado, 20% saderi dan 4% gula. Pencuci mulut sejuk soya ini diuji dengan analisis proksimat dan didapati mengandungi nilai pemakanan dengan kelembapan 71.46±2.34%, 0.72±0.09% abu, 2.97±0.05%protein, S.2S±0.48% lemak, serabut kasar yang tinggi sebanyak 6.11±2.17% dan 13.48±4.63% karbohidrat. Pencuci mulut sejuk soya dengan avokado dan saderi ini mempunyai nilai pH 6.39±0.08, 21±1 °Briks dan berwarna hijau kuning pudar dengan L * 78.67±0.17, a* -3.01±0.03 dan b* 31.95±0.15. Hasil produk ini mempunyai nilai overrun 4.8±0.8%, kelikatan 14861±34cP, kekerasan 8.02±0.94mm, dan kadar keleburan 0.31gram/minit. Perubahan mutu simpan dalam masa 8 minggu dikaji dengan ujian fizikokimia, ujian mikrobiologi dan ujian sensori pemeringkatan berganda. Walaubagaimanapun pencuci mulut sejuk soya dengan avokado dan saderi ini terdapat sedikit perubahan dari segi kualiti pada minggu penyimpanan ke-Iapan. 100 responden terlibat dalam ujian pengguna. 40% pengguna suka terhadap pencuci mulut sejuk soya dengan avokado dan saderi, 32% pengguna akan membeli produk ini dan 38% pengguna mungkin membeli sekirannya terdapat di pasaran. Produk ini terdapat potensi pemasaran selain nilai pemakanannya.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:soy, avocado, celery, frozen dessert
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:5992
Deposited By:IR Admin
Deposited On:17 May 2013 10:21
Last Modified:17 May 2013 10:21

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository