Pembangunan bebola cendawan tiram kelabu (Pleurotus Sajor Caju)

Loo, Chong Sian (2011) Pembangunan bebola cendawan tiram kelabu (Pleurotus Sajor Caju). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001016.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan bebola cendawan Pleurotus sajor caju yang berkualiti dan bernutrisi. Sebanyak 9 formulasi dihasilkan melalui reka bentuk eksperimen. Serbuk Pleurotus sajor caju (15%, 20%, 25%) dan tepung konjac (3%, 5%, 7%) dijadikan sebagai faktor pembolehubah. Dari 9 formulasi, F1, F7 dan F8 dipilih dalam ujian sensori pemeringkatan lalu dibandingkan dalam ujian hedonik. Keputusan ujian hedonik menunjukkan F8 dengan 25% serbuk Pleurotus sajor caju dan 5% tepung konjac merupakan formulasi yang terbaik. Analisis proksimat yang dijalankan menunjukkan F8 mengandungi 1.98 ± 0.17% protein, 0.54 ± 0.12% lemak, 1.59 ± 0.15% abu, 76.25 ± 0.62% lembapan, 4.08 ± 0.35% serabut kasar dan 15.56 ± 0.17% karbohidrat. Nilai kalori F8 adalah 75.33 ± 1.53 kcal. Dari segi tekstur, ujian lipatan menunjukkan F8 memiliki kualiti gel yang tinggi iaitu Gred M dan analisis tekstur profil menunjukkan kekerasan ialah 0.07 ± 0.01g, kekohesifan adalah 0.66 ± 0.02, kekenyalan ialah 0.70 ± 0.02 dan kekunyahan adalah 0.03 ± 0.01g. Kajian mutu simpanan dijalankan di bawah suhu 4°C selama 4 minggu dan perbezaan yang bersignifikasi (p<0.05) telah wujud dari segi warna dan kemampuan pegang air. Analisis mikrobiologi menunjukkan F8 masih berada dalam tahap yang selamat iaitu 4.3 x 103 cfu/g di dalam ujian kiraan plat dan 7.0 x 102 cfu/g di dalam ujian yis dan kulat selepas penyimpanan dijalankan selama 4 minggu. Dalam ujian pengguna, seramai 44% respondan akan membeli bebola cendawan (F8) ini sekiranya ia dipasarkan pada masa hadapan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: grey oyster, mushroom ball, pleurotus sajur caju
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 17 May 2013 02:20
Last Modified: 13 Oct 2017 08:24
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5993

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository