Perbandingan kualiti chocolate bar jenama antarabangsa dan tempatan dari aspek pelabelan makanan (nilai nutrisi & logo halal) di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Toon, Jone Ying (2007) Perbandingan kualiti chocolate bar jenama antarabangsa dan tempatan dari aspek pelabelan makanan (nilai nutrisi & logo halal) di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001025.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kumpulan pengguna berdasarkan jantina dan umur yang membeli chocolate bar jenama antarabangsa dan tempatan, mengenalpasti jenis, jenama dan ciri-ciri kualiti chocolate bar yang mempengaruhi pembelian pengguna serta mengkaji pengetahuan pengguna tentang pelabelan makanan (nilai nutrisi dan logo halal) di Malaysia. Sebanyak 400 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dipilih sebagai subjek kajian melalui persampelan rawak. Subjek dikehendaki mengisi borang soal selidik dan data dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 12.0 yang melibatkan statistik deskriptif dan ujian khi kuasa dua. Kajian mendapati lebih ramai responden perempuan (67%, 268 orang) yang membeli chocolate bar berbanding responden lelaki (33%, 132 orang). Majoriti responden, 86% (344 orang) adalah berusia antara 20 hingga 24 tahun Chocolate bar jenis kekacang adalah yang paling digemari oleh responden (59%, 236 orang). Ujian khi kuasa dua menunjukkan responden cenderung membeli chocolate bar jenama antarabangsa berbanding jenama tempatan iaitu X2 (1, n=400) = 249.640, p=0.000 (p<0.05) di mana, Crisp ialah jenama tempatan yang mendapat sambutan menggalakkan oleh 8% (32 orang) responden dan jenama antarabangsa Cadbury merupakan pilihan utama oleh 69.5% (278 orang) responden. Kedua-dua jantina lebih mengutamakan ciri-ciri sensori (55.8%, 223 orang), jenama (65.3%, 261 orang), kandungan bahan (57.3%, 229 orang) dan harga (59.5%, 238 orang) apabila membeli chocolate bar. Terdapat ramai responden perempuan (37.5%, 150 orang) yang membaca label makanan berbanding responden lelaki (14.8%, 59 orang). Responden kurang mengutamakan ciri-ciri pembungkusan (25.8%, 103 orang), negara pengeluar (24.3%, 97 orang), logo halal (30.3%, 121 orang) dan hadiah percuma (0.3%, 1 orang) ketika membeli chocolate bar. Hanya 10.8% (43 orang) yang mempunyai pengetahuan tentang maklumat yang wajib dilabelkan pada label makanan. Sebanyak 53% (212 orang) responden menyedari bahawa pengeluar makanan tidak dibenarkan membuat tuntutan kesihatan berdasarkan nilai nutrisi pada produk makanan. Secara keseluruhan, responden Melayu mempunyai pengetahuan halal yang lebih baik berbanding responden bukan Melayu.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: chocolate bar, UMS, nutrition, halal, international and local brand
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 21 May 2013 02:59
Last Modified: 13 Oct 2017 08:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6008

Actions (login required)

View Item View Item