Penentuan Ion Kadmium melalui kaedah ISE menggunakan Kurkumin sebagai Ionopor

Mohd Fadly Sawada, (2007) Penentuan Ion Kadmium melalui kaedah ISE menggunakan Kurkumin sebagai Ionopor. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000352.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Elektrod Cd(II)ISE yang dibina dalam kajian ini bertujuan untuk mengesan ion kadmium di dalam sampel air Tasik SST dan sampel air Sungai Likas. Komposisi membran elektrod Cd(II)-ISE yang telah dibina terdiri daripada 50 % pemplastik (DEP, diethyl phatalate), 30% polivinilklorida (PVC), 10% kurkumin sebagai ionofor dan 10% garam lipofilik (NaTPB). Elektrod Ag/AgCl digunakan sebagai elektrod rujukan. Nilai pH berkesan bagi elektrod yang dibina adalah pada julat pH 3 hingga pH 7 dan pH optimum yang dipilih bagi elektrod Cd(II)ISE adalah pH 5. Elektrod Cd(II)ISE yang dibina menunjukkan respon yang linear pada kepekatan 1.0X 10ˉ¹ M hingga 1.0 X 10ˉ� M dengan kecerunan -26.5 mVdekadˉ¹. Anggaran had pengesanan elektrod adalah 1.0 X 10ˉ� M. Masa respon untuk elektrod adalah 30 hingga 40 saat. Kesan kation pengganggu seperti Na+, Cu²+, K+, Zn²+ dan Mn²+ terhadap keselektifan membran telah dikaji dan nilai pemalar selektiviti untuk semua ion pengganggu adalah kurang daripada 1 kecuali Cu²+ dan Mn²+ yang sangat mengganggu terhadap keselektifan membran. Perbandingan keputusan analisa elektrod Cd(II)ISE dan alat AAS mendapati bahawa elektrod yang dibina adalah lebih sensitif berbanding alat AAS.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Cadmium Ion, ISE Electrode, Water Quality, Curcumin as IOnophore, Lake School of Science Technology,UMS, Likas River, Sabah
Subjects: ?? TD429.5-480.7 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Dec 2011 06:54
Last Modified: 12 Oct 2017 05:27
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/601

Actions (login required)

View Item View Item