Penilaian diet dan perubahan berat badan pelajar Universiti Malaysia Sabah sebelum, semasa dan selepas berpuasa di bulan Ramadan

Suhanies Md. Isa, (2006) Penilaian diet dan perubahan berat badan pelajar Universiti Malaysia Sabah sebelum, semasa dan selepas berpuasa di bulan Ramadan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001029.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kesan berpuasa ke atas purata pengambilan makronutrien (karbohidrat, lemak dan protein) dan pengambilan tenaga serta perubahan berat badan di kalangan pelajar lelaki dan perempuan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pengambilan data dilakukan pada 2 minggu sebelum berpuasa, minggu ketiga puasa di bulan Ramadan dan sebulan selepas berpuasa di bulan Ramadan. Responden terdiri daripada 50 orang subjek yang sihat (20 orang lelaki dan 30 orang perempuan). Kajian ini melibatkan tinjauan, penilaian diet (kaedah ingatan diet 24 jam) dan pengukuran antropometri. Pengumpulan data dan berat badan subjek telah dilakukan pada 2 minggu sebelum berpuasa, minggu ketiga puasa di bulan Ramadan dan sebulan selepas berpuasa di bulan Ramadan. Hasil kajian mendapati perbandingan berat badan subjek lelaki sebelum puasa adalah 65.4±2.9 kg, semasa puasa 63.8±3.1 kg dan selepas puasa 65.9±3.4 kg. Berat badan pelajar perempuan pula bagi sebelum puasa adalah 55.2±2.2 kg, semasa puasa 53.5±1.8 kg dan selepas puasa 55.1±1.6 kg. Kajian berdasarkan Ujian ANOVA pula mendapati min berat badan dengan kumpulan jantina masing-masing adalah berbeza secara signifikan ketika sebelum puasa, semasa puasa dan selepas berpuasa di bulan Ramadan. Sepanjang berpuasa di bulan Ramadan, corak pengambilan makanan juga adalah didapati berbeza dan terhad dua kali sehari sahaja. Nilai purata pengambilan tenaga bagi subjek lelaki yang diperoleh sebelum puasa adalah 2430±135.1 kcal/hari, semasa puasa 1968±101.6 kcal/hari dan selepas puasa adalah 2273±101.3 kcal/hari. Manakala bagi purata pengambilan tenaga bagi pelajar perempuan ketika sebelum puasa adalah 2160±83.4 kcal/hari, semasa puasa 1806±66.3 kcal/hari dan selepas puasa adalah 2151±77.8 kcal/hari. Kesimpulan kajian ini ialah kedua-dua responden lelaki dan perempuan menunjukkan pengambilan makronutrien dan pengambilan tenaga yang kurang semasa berpuasa di bulan Ramadan. Manakala berat badan di kalangan subjek lelaki dan perempuan masing-masing ketika sebelum puasa, semasa puasa dan selepas berpuasa di bulan Ramadan menunjukkan perbezaan yang signifikan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: dietary, body weight, UMS, Ramadan, fasting
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 21 May 2013 02:57
Last Modified: 13 Oct 2017 08:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6012

Actions (login required)

View Item View Item